Langgar peraturan, Mill digantung sementara daripada OnlyOneOf demi menjaga hati rakan sekumpulan

Mill (atau nama sebenarnya Lee Yong Soo, 21 tahun digantung daripada sebarang aktiviti OnlyOneOf buat sementara waktu setelah didapati melanggar peraturan ditetapkan sesama ahli kumpulan mereka.

Agensinya, RSVP membuat pendedahan itu di cafe laman kelab peminat semalam sambil berkata, “Mill digantung kerana langgar peraturan dijanjikan sesama ahli kumpulan. Maka, sebarang aktiviti melibatkan dirinya bersama kumpulan termasuklah Youtube Daily Live akan digantung serta-merta. Keputusan ini dibuat bagi menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan sekumpulannya setelah berkompromi dengan Mill. Nantikan Mill kembali nanti dalam keadaan sejahtera.”

RSVP bagaimanapun tidak mendedahkan apakah intipati pelanggaran peraturan yang dimaksudkan. OnlyOneOf hanya mengeluarkan dua single album untuk tahun 2020 ini, dengan Bloom, Off Angle dan Angle dijadikan sebagai lagu single utama mereka.

Sumber: edaily

loading...