Woodz (Cho Seung-yeon), artis solo Korea ke-4 berjaya raih jualan album melebihi 100k unit seminggu untuk tahun 2020

Image may contain: 1 person, child and closeup

Cho Seung Yeon atau nama popularnya, Woodz membuktikan kerjaya solo adalah pilihan yang betul selepas kumpulan yang disertainya sebelum ini, X1 telah terbubar.

Menurut Hanteo, Woodz berjaya meraih jualan album 101,963 unit, sekaligus meletakkannya di tempat keempat di belakang Suho EXO, Kang Daniel dan Baekhyun EXO untuk artis solo dengan album terlaris di dalam seminggu untuk tahun 2020. Kejayaan Woodz adalah sesuatu yang signifkan berikutan popularitinya hanya dibantu sebagai bekas ahli X1 saja memandangkan album Equal merupakan taruhan pertamanya sebagai artis solo. Kejayaannya juga telah memintas beberapa rekod artis solo yang sudah lama menapak di dalam industri Korea seperti Kim Jae Joong (JYJ), malah telah pun menewaskan rekod dikecapi oleh bekas rakan-rakan di dalam X1 seperti Kim Woo Seok serta Kang Min Hee dan Song Hyung Jun di dalam Cravity menerusi album ‘debut’ mereka masing-masing, 1st Desire dan SEASON 1: Hideout. Setelah dipinjam sekejap kepada X1, Woodz masih bernaung di bawah kumpulan lamanya, UNIQ.

Album Equal mengandungi beberapa buah lagu menarik termasuklah Love Me Harder (Blue) dijadikan sebagai single. Blue ialah lagu ciptaan Woodz sendiri yang menggabungkan irama rap di dalam satu persembahan selain memaparkan dirinya yang bebas melakukan sesuatu. Blue telah pun meraih tontonan melebihi 10 juta di Youtube semenjak seminggu disiarkan. Lagu Waikiki duet bersama Colde dikeluarkan seminggu selepas itu bermula hari ini, 7 Julai 2020 sebagai sokongan kepadanya.

Sumber: Hanteo, money today

loading...