Dakwaan cuba larikan diri daripada ‘military service’, BigHit jelas kemasukan ke Hanyang Cyber University sebagai pelajar pascasiswazah atas permintaan BTS sendiri

Image may contain: 4 people

BigHit mengesahkan lima ahli BTS: Jimin, Nam Joon, Taehyung, Jhope dan Suga sedang menjalani program pascasiswazah di Hanyang Cyber University berikutan tertularnya khabar angin mengatakan kelima-lima orang BTS tersebut dalam langkah cubaan untuk melarikan diri daripada menjalani khidmat ketenteraan.

Khabar angin tersebut tercetus selepas laporan Metro News memaklumkan kesemua penyanyi kumpulan itu kecuali Jungkook sedang menjalani program pascasiswazah di Hanyang Cyber University dengan Kim Seok Jin terlebih dahulu menyertainya pada tahun 2017.

Jurucakap Big Hit dilaporkan berkata, “RM, Suga dan J Hope sedang menjalani program MBA di dalam pengkhususan Pengiklanan dan Media bermula Mac tahun lepas manakala Jimin dan V pula menyertai program sama sedikit lewat pada September tahun ini, 2020.” Berdasarkan kenyataan Big Hit, Kim Seok Jin belum lagi selesai menghabiskan program Master-nya manakala Jungkook pula sedang mempelajari Ijazah Sarjana Penyiaran dan Hiburan di Global Cyber University.

Disebabkan Covid-19, temuduga kelayakan ke program siswazah berkenaan dilakukan menerusi telesidang. Hanyang Cyber University diperakui sebagai salah satu 21 universiti atas talian yang menentukan kemasukan pelajarnya menerusi temuduga susulan daripada permohonan bertulis.

Bagaimanapun, sebagai respon kepada khabar angin itu, Big Hit jelaskan, “Kemasukan mereka tiada kena-mengena dengan khidmat ketenteraan, tetapi atas dasar kerana mereka berminat dengan pembelajaran.” Undang-undang masih membenarkan mana-mana pelajar universiti melambatkan penyertaan ke dalam khidmat ketenteraan sehingga berusia 24 tahun sahaja. Oleh sebab itu, mana-mana lelaki Korea yang lahir pada tahun 1992 seyogianya dikerahkan ke latihan ketenteraan selewat-lewatnya pada akhir tahun 2020. Jika jaminan daripada Big Hit itu benar, Kim Seok Jin akan diarahkan menjalani khidmat ketenteraan selewat-lewatnya penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Untuk rekod, Kim Seok Jin menghabiskan Ijazah Sarjana Perfileman di Konkuk University manakala Jimin, Nam Joon, Taehyung, Jhope dan Suga masing-masing memperoleh Ijazah Pengiklanan dan Media di Global Cyber University.

Sumber: sport khan, newsis, mason korea

loading...