Akui selalu hubungi Song Ji Hyo, Jeon So Min kini sertai semula ‘Running Man’ setelah 2 bulan berehat

Jeon So Min akhirnya membuat kemunculan pertama ke dalam ‘Running Man’ setelah dua bulan berehat kerana menghidapi demam yang berpanjangan sebelum ini.

“Saya rasa macam baru saja sertai Running Man buat pertama kali. Tengah gemuruh lagi. Jantung pula berdegup kencang. Kekok kerana tak sedar merata-rata ada kamera,” kata Jeon So Min.

“Selamat datang,” sapa Ji Seok Jin.

“Hello penonton, ini saya Jeon So Min. Saya rasa terhormat bila tahu ramai sukakan saya walaupun daripada sekelompok yang kecil pun. Saya boleh tahu daripada bilangan ‘call’ saya dapat tetiap hari,” katanya.

Sebelum ini, Jeon So Min diugut dengan tuduhan berlakon di dalam produksi filem lucah Jepun oleh peminat antarabangsa jika beliau tidak berhenti membabitkan diri di dalam Running Man. Namun, sebaik saja tertularnya artikel tentang dakwaan tersebut, Song Ji Hyo ialah orang yang cepat-cepat menghubunginya bagi menanyakan khabar.

“Ji Hyo selalu hubungi saya. Berita-berita tuduhan itu berlegar-legar, lantas Ji Hyo cepat-cepat tanya saya ‘bila dan bila’ lagi,” telahnya sambil tertawa.

Episod terbaru SBS ‘Running Man’ ini disiarkan pada 31 Mei 2020 dan boleh ditonton melalui cenel Astro 393 ONE TV Asia.

Sumber: hankyung , sport chosun

loading...