Pernah dicerca kerana bermata kecil sepet, Takuwa sanggup ubah muka untuk kembalikan semula keyakinan

Image may contain: 2 people

Takuwa berkongsikan sekali lagi tujuan dia melakukan pembedahan plastik (“oplas”) kerana mahu mengembalikan semula keyakinan yang terpadam akibat cercaan daripada masyarakat.

“Aku pernah diuji dengan ejekan, yang akhirnya memakan diriku ini hanya kerana bermata kecil dan sepet. Aku tak pernah ‘judge’ kelebihan orang lain, tetapi aku rasa wajahku ini tidak langsung memuaskan. Jadi, sebab itu aku buat pembedahan plastik. Apa yang misteri ialah luarannya telah berubah, maka perubahan juga berlaku di dalam. Keyakinan mula kembali,” katanya.

Image may contain: 3 people, text and closeup

Bagaimanapun, Takuwa tidak menyarankan netizen melakukan perubahan pada wajah mereka selagi tidak mendapat maklumat lengkap mengenainya. “Aku tak sarankan kepada mana-mana orang membuat pembedahan plastik. Yang penting, maklumat kena tepat untuk korang pertimbangkannya,” tambahnya lagi.

Takuwa, penyanyi rap yang dikenali menerusi rancangan ‘Show Me The Money 5’, baru-baru ini mendapat perhatian selepas dia berkongsikan pengalaman mengenakan pembedahan plastik (“Oplas”) menerusi laman Youtube kelolaannya. Beliau tidak segan silu menceritakannya di hadapan peminat yang ingin tahu mengenai prosedur dilakukannya itu.

Sumber: donga

loading...