Terputus urat selaput mata, Shownu Monsta X cepat-cepat jalani pembedahan kecemasan tengah hari tadi

Image may contain: 1 person, closeup

Shownu Monsta X terpaksa direhatkan sepenuhnya setelah menjalani pembedahan kecemasan berhubung radang mata yang berpunca daripada retina yang putus di bahagian kiri matanya (“left retinal detachment”).

Pembedahan tersebut yang berlangsung tengah hari tadi, 3 Julai 2020 telah berjaya dilakukan dengan keadaan Shownu dilaporkan stabil, dedah agensi Starship Entertainment. Keputusan melakukan pembedahan tersebut dengan serta-merta adalah atas saranan doktor setelah membuat pemeriksaan ke atasnya pada 2 Julai 2020 semalam untuk pembedahan LASIK yang sepatutnya dilakukan selepas itu.

Shownu sebelum ini pernah direhatkan sekejap rentetan daripada sakit belakang yang dialaminya menyebabkan pelancaran album Fantasia X tertunda ke tarikh 26 Mei 2020.

Kedua-dua petanda ini cenderung ke arah spekulasi bahawasanya Shownu mungkin mengalami komplikasi akibat aktiviti angkat berat melebihi kadar sepatutnya, usaha yang seringkali dilakukannya untuk menampakkan tubuhnya lebih bersasa di depan peminat.

loading...