TWICE dengan rekod jualan album terbanyak di Korea, Blackpink pula dengan rekod terpantas raih 200 juta orang di Youtube

Image may contain: 13 people, people standing

TWICE dan Blackpink masing-masing mencipta rekod sangat hebat untuk diri mereka.

Album kesembilan TWICE, ‘More & More’ telah mencapai jualan sebanyak 563,000 unit setakat ini berdasarkan data pemasaran Gaon, sekaligus mencipta sejarah sebagai kumpulan kpop wanita berjaya memperolehi kutipan setinggi demikian sejak album keluaran S.E.S, A Letter from Greenland pada tahun 2000. Bagaimanapun, rekod ini berkemungkinan akan dipatahkan oleh kumpulan IZONE dalam masa beberapa minggu saja lagi memandangkan ‘OneIric Diary’ secara konsisten menduduki carta album Gaon di posisi kedua sejak dua minggu dilancarkan dengan kutipannya pun sudah hampir-hampir mencecah setengah juta unit menurut Hanteo. (Untuk makluman, kiraan Gaon adalah berdasarkan jualan sebenar diraih dari semasa ke semasa berserta tuntutan stok sedia ada yang baru hendak diserahkan kepada pembeli)

Sementara itu, Blackpink yang telah melakar rekod dunia sehingga memahatkan nama mereka di dalam Guinness World Records baru-baru ini, boleh bergembira lagi sekali apabila menjadi kumpulan kpop terpantas meraih tontonan muzik video melebihi 200 juta di Youtube di dalam masa seminggu saja (“lebih tepat: 7 hari 47 minit”). Single ‘How You Like That’ meletakkan Blackpink di tangga teratas dalam dominasi mereka untuk single terlaris sekali di peringkat antarabangsa.

TWICE kini sedang mempromosikan single ‘Fanfare’ di negara Jepun.

Sumber: mk stars

loading...