Doojoon HIGHLIGHT akan tampil dengan album solo pertamanya 27 Julai

Yass, akhirnya Yoon Doo Joon akan tampil dengan album solo pertamanya selepas 12 tahun debut bersama B2ST atau kini HIGHLIGHT pada 2019.

Pada Julai 6, agensi Doojoon, Around Us Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelancaran album solonya. Agensi berkenaan menyatakan, “Ketua kumpulan HIGHLIGHT, Yoon Doojoon akhirnya mengambil keputusan untuk meriliskan album solonya pada 27 Julai ini.”

Terdahulu pada Julai 4, Doojoon telahpun berkongsi berkenaan jadual dan persiapan mengenai album solo ketika mengadakan sesi siaran langsung menerusi V Live sempena hari lahirnya. Ketika siaran V Live tersebut, dia sempat bercakap mengenai album solonya, “Walaupun saya tidak menyampaikan secara langsung mengenainya (pelancaran album), apa yang ingin saya sampaikan adalah album ini adalah di mana saya ingin memberitahu semua orang bahawa ‘anda bukanlah satu-satunya individu yang melaluinya’ selain turut membincangkan mengenai pandangan serta kebimbangan saya.”

Turut didedahkan bahawa album ini akan ditampilkan dalam dua versi. Nampaknya, berita mengenai kemunculan album solo Doojoon telah menarik perhatian ramai peminat dan rata-rata tidak sabar untuk menantikannya.

Penulis tertanya apakah genre yang akan ditampilkan Doojoon untuk album solo pertamanya. Lagu solo terakhir nyanyian Doojoon berjudul “Nightmare” yang dimuatkan dalam album ‘OUTRO’.

Sumber : Naver | chosun |

loading...