Blackpink mendunia lagi dengan single terbaru, ‘How You Like That’

Image may contain: 7 people, text

Blackpink akhirnya mengeluarkan single terbarunya selepas setahun dua bulan dan merupakan single rasmi mereka selepas Kill This Love.

Single yang dinamakan sebagai ‘How You Like That’ itu disertakan dengan muzik video tanpa melibatkan pelancaran album yang dijadualkan pada bulan September nanti. Ditulis oleh Teddy Park, R. Tee dan Danny Chung. ia sebuah lagu hip hop dengan saduran irama padang pasir, yang memaparkan keunikan personaliti Blackpink tersendiri serta karisma ahli masing-masing. Malah, lagu ini juga menyerlahkan suara seisi keluarga Blackpink daripada Jennie, Rose, Lisa sehinggalah Jisoo, disebalik perubahan emosi yang cuba ditonjolkan selain mesej kuat yang ingin disampaikan iaitu, “Mari kita pergi tanpa melayang-layang lagi di dalam keadaan gelap, and terbang lebih tinggi lagi”.

Muzik videonya akan membuat pendengar teringat akan lagu DDU DDU DDU DDU, ditambah lagi dengan petikan ungkapan ‘dhum drum dhum tum’ yang diulang-ulang. Sudah pasti ia sebuah lagu yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat Blinks sejak sekian lama.

Blackpink juga terlibat sebagai rakan duet bersama Lady Gaga menerusi lagu ‘Sour Candy’ beberapa minggu sebelum ini sehingga mencipta rekod yang menakjubkan di Youtube, Spotify dan Billboard Hot 100.

Sumber: IS Plus

loading...