Park Shin Hye akui cintanya terhadap Choi Tae Joon masih kuat walaupun terpaksa berPJJ lebih setahun lamanya

Image may contain: 2 people, text

Sewaktu temuduga untuk mempromosikan filem #ALIVE yang dibintanginya bersama dengan Yoo Ah In, Park Shin Hye diminta untuk mengulas perihal terkini tentang hubungannya dengan pelakon Choi Tae Joon.

Kedua-dua Park Shin Hye dan Choi Tae Joon mengiyakan gosip tertular yang mengatakan mereka sedang berpacaran pada tahun 2018. Bagaimanapun, Choi Tae Joon yang diarahkan menjalani khidmat ketenteraan bermula Ogos 2019 telah menyebabkan mereka terpaksa berPJJ (percintaan jarak jauh) sekurang-kurangnya setahun setengah. Park Shin Hye tersenyum sambil berkata, “Bukan niat kami untuk mendedahkan hubungan ini di hadapan khalayak ramai, tetapi akhirnya ia berlaku dan ia agak baik. Hubungan kami tetap kuat.”

Park Shin Hye kini masih menimbangkan tawaran lakonan diberikan kepadanya, antaranya jtbc Sisyphus: The Myth bergandingan bersama Cho Seung Woo.

Sumber: sport chosun

loading...