Park Shin Hye dan Cho Seung Woo sah digandingkan bersama sebagai teraju utama

Nampaknya JTBC bercadang untuk mendapatkan khidmat gandingan Park Shin Hye dan Cho Seung Woo untuk drama terbaru dirangkaian mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Joy News 24, Park Shin Hye dan Cho Seung Woo dikatakan sedang dalam peringkat perbincangan untuk membintangi drama terbaru JTBC “Sisyphus: The Myth”.

“Sisyphus: The Myth” adalah sebuah drama bertemakan sains fiksyen dan misteri ini akan diarahkan oleh PD Jin Hyuk, yang sebelum ini dikenali hasil kerjanya menrusi drama  “Shining Inheritance,” “City Hunter,” “Doctor Stranger,” “The Legend of the Blue Sea,” dan beberapa lagi.

Bagaimanapun, bila drama ini akan ditayangkan belum lagi diputuskan. Menurut satu sumber yang berkongsi menyatakan, “Kebanyakkan skrip drama telahpun selesai dan berkualiti tinggi, sehinggakan ada lebih banyak jangkaan mengenainya.”

Drama ini dikatakan akan mendapat perhatian ramai disebabkan oleh teraju utamanya iaitu Cho Seung Woo dan Park Shin Hye, di mana ini merupakan gandingan pertama mereka bersama. Walaupun Park Shin Hye pernah muncul dalam filem Cho Seung Woo  “Love Phobia” ketika dia masih lagi kanak-kanak, namun ini adalah pertama kali Park Shin Hye bergandingan dengan Cho Seung Woo sebagai heroin.

Cho Seung Woo akan memulakan pengambaran sekuel drama tvN “Forest of Secrets” setelah tamat drama muzikalnya  “Sweeney Todd.” Park Shin Hye pula telah selesai menjalani pengambaran filem seram berjudul “Call” pada April lepas dan akan memulakan pengambaran filem terbarunya “#ALONE.”

Kalau kedua-dua pihak sudah nyatakan persetujuan, pastinya gandingan ini akan memberikan impak yang hebat.

Sumber : joynews24

loading...