Ketiadaan Ryu Jun Yeol di samping Hyeri, Park Bo Gum & lain-lain untuk ‘reunion’ Reply 1988 ini undang tanda tanya netizen

Image may contain: 5 people, people standing

Baru-baru ini, kesemua pelakon yang membawakan watak jiran sekampung di dalam drama tvN Reply 1988, bertaut semula bagi menggembirakan hati peminat.

Kedua-dua Lee Dong Hwi dan Go Jung Pyo memuatnaik gambar bersama sambil meletakkan kapsyen berbunyi, “Seronok betul dapat bertemu semula. Sudah lama rasanya.” Bagaimanapun, salah seorang pelakon yang membawakan watak utama Junghwan tersebut, iaitu Ryu Jun Yeol tiada di dalam gambar membuatkan netizen tertanya-tanya. Pertemuan ini difahamkan pertama kali didedahkan secara terbuka di depan peminat sejak gosip cinta antara kedua-dua pelakon drama tersebut tertular pada Ogos 2017. Malah, Lee Dong Hwi dan Go Jung Pyo juga perlu menjalani khidmat ketenteraan sebelum ini juga menyebabkan perjumpaan itu sukar dilakukan.

Tidak dapat dipastikan apakah alasan ketidakhadiran pelakon itu, tapi ada berpandangan ianya disengajakan. Hal ini kerana Junghwan (lakonan Ryu Jun Yeol) telah ‘menghilangkan’ diri bertahun-tahun lamanya sebaik saja pengakuan cinta terhadap Doksun (lakonan Hyeri) dianggap telah ditolak oleh gadis itu dengan memilih Choi Taek (lakonan Park Bo Gum) sebagai suaminya. Ketiadaannya di dalam perjumpaan semula itu seolah-olah memberikan gambaran bahawa Junghwan masih lagi memendam rasa akibat cintanya ditolak oleh Doksun. Tetapi, teori ini tidak boleh dipakai berikutan beberapa siri pertemuan semula sebaik saja selepas drama itu berakhir turut menyaksikan Ryu Jun Yeol turun padang menyertainya bersama-sama.

Teori lain pula berpandangan Ryu Jun Yeol masih segan untuk berjumpa dengan rakan-rakan pelakon lain di dalam Reply 1988 berikutan dia dan Hyeri diketahui memang sedang berpacaran, dengan apa yang disebut sebagai cinta di luar lokasi penggambaran (cinlok) meskipun umum diketahui Doksun dan Junghwan tidak bersama di dalam drama tersebut. Hubungan yang terjalin antara kedua-dua orang pelakon ini juga masih kuat memandangkan beberapa saksi mendakwa ternampak Ryu Jun Yeol dan Hyeri menunggang basikal bersama-sama di perkarangan jalan Cheondamdong, Seoul pada 18 Jun 2020. Ada pula berpandangan Ryu Jun Yeol mungkin menghadiri perjumpaan semula itu tetapi menampakkan seolah-olah dirinya tiada di dalam gambar. Ini berikutan tertular satu gambar mendakwa menyaksikan pelakon itu duduk makan semeja pada hari kejadian.

Dan jika diabaikan kesemua teori tersebut dengan menganggap Ryu Jun Yeol sememangnya sedang sibuk dan tidak dapat meluangkan masa di dalam pertemuan semula itu, ia mungkin sudah cukup memadai. Apapun, Gong Jung Pyo, Hyeri, Park Bo Gum, Lee Dong Hwi dan Ryu Hye Young masih tetap setia berkawan meskipun drama ‘Reply 1988’ ini sudah berakhir sejak tahun 2016 lagi.

Go Jung Pyo, Lee Dong Hwi dan Park Bo Gum masing-masing sudahpun memilih drama untuk diterajui tidak lama lagi iaitu jtbc Private Life, MBC SF8, dan tvN Youth of Record manakala Hyeri pula sedang menimbangkan tawaran lakonan di samping Jang Ki Yong di dalam drama romantik terbaru.

https://www.instagram.com/p/dlehdgnl/

Sumber: xsportnews, enews24

loading...