Menjelang hari pelancaran album Henggarae, Mingyu Seventeen akhirnya mohon maaf di depan peminat

Image may contain: 1 person

Mingyu SEVENTEEN menjadi penyanyi idol terakhir yang membuat permohonan maaf di hadapan peminat setelah terbabit di dalam kontroversi  mengunjungi Itaewon bersama-sama beberapa rakan-rakan idol lain pada 25 April 2020 ketika penjarakkan sosial terhadap wabak Covid-19 diperketatkan. Mingyu akhirnya mengikuti jejak langkah Jungkook BTS serta Cha Eun Woo ASTRO dan Jaehyun NCT yang membuat permohonan maaf bersendirian masing-masing pada 6 Jun 2020 dan 19 Mei 2020 lalu.

Dalam sidang media pelancaran album Henggarae, Mingyu menggapai mikrofon lalu menggagahkan dirinya untuk bercakap di hadapan peminat. “Saya memohon maaf kerana telah mengecewakan ramai orang disebabkan perbuatan salah saya. Saya ingin memohon maaf,” katanya.

“Saya dengan rendah diri mahu memohon maaf kepada peminat yang tidak henti menyokong saya dengan penuh kasih sayang, ahli-ahli lain yang bekerja kuat serta mereka yang telah cuba menangani krisis bermasalah ini,” tambahnya lagi.

Album Henggarae merupakan album mini ke-9 yang dikeluarkan oleh SEVENTEEN setelah lebih 9 bulan berehat di Korea tepat jam 5 petang ini. Ia telah pun mencatatkan pembelian awal melebihi 1.06 juta unit, satu pencapaian sangat hebat sekaligus meletakkan kumpulan kpop itu hanya di belakang EXO dan BTS bagi penjualan album terbanyak pada masa kini.

Sumber: sportseoul

loading...