Putus cinta dengan Honey Lee, Yoon Kye Sang berundur dari Saram Ent. serta-merta

Image may contain: 2 people

Yoon Kye Sang dan Honey Lee akhirnya putus cinta selepas menjalinkan hubungan sejak 7 tahun lalu.

Lebih memeritkan, Yoon Kye Sang turut meninggalkan Saram Ent., agensi yang disertainya bersama dengan Honey Lee ketika hubungan mereka mula mendapat perhatian ramai. Yoon Kye Sang menyertai Saram pada tahun 2013, disusuli dengan Honey Lee pada tahun 2014.

Sumber daripada Saram Ent. berkata, “Selepas berbincang beberapa kali dengan Yoon Kye Sang, kami bersetuju menamatkan kontrak dengan segera. Yoon Kyun Sang mahu berehat seketika.”

Yoon Kye Sang merupakan ahli kumpulan kpop popular G.O.D daripada generasi pertama, dan lebih banyak menumpukan kepada bidang lakonan manakala Honey Lee yang merupakan bekas ratu cantik Korea dikenali menerusi lakonannya di dalam beberapa buah drama, antaranya, MBC The Rebel, sehingga merangkul anugerah Best Supporting Actress CARI Kdrama Awards.

Sumber: donga

loading...