Ini dia barisan penuh pelakon “Reborn Rich” yang akan ditayangkan menerusi JTBC

Drama terbaru Song Joong Ki, Shin Hyun Been, dan Lee Sung Min “Reborn Rich” telah mengesahkan barisan pelakonnya dan jadual siaran.

Berdasarkan novel web popular, “Reborn Rich” ialah drama fantasi berlatarkan tahun 80-an yang bergelora tentang setiausaha keluarga chaebol, Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki) yang dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga Jin Do Joon (juga dimainkan oleh Song Joong Ki).

Song Joong Ki akan memainkan watak Yoon Hyun Woo, yang meninggal dunia selepas diperangkap kerana penyelewengan oleh keluarga Kumpulan Sunyang biarpun dia begitu setua dengan majikannya. Bagaimanapun dia dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga Jin Do Joon dan bekerja untuk mengambil alih syarikat itu sebagai membalas dendam.

Lee Sung Min pula memegang watak Jin Yang Chul, ketua Kumpulan Sunyang. Selepas membesar dalam kemiskinan, dia naik ke puncak dunia kewangan dan telah menjadi watak yang kompetitif dan ganas tanpa henti dengan ketamakan yang tidak berkesudahan demi wang.

Shin Hyun Been akan memainkan watak pendakwa anti rasuah Seo Min Young yang berasal dari keluarga undang-undang yang berprestij. Dengan nama jolokan “Malaikat Maut Kumpulan Sunyang,” Seo Min Young akan menghampiri sempadan kesahihan jika ia demi keadilan.

Selain itu, Yoon Je Moon memainkan watak sebagai anak sulung Jin Yang Chul, Jin Young Ki, manakala Kim Jung Nan akan memainkan watak Son Jung Rae, isteri Jin Young Ki yang mempunyai pemikiran chaebol yang tersendiri dan personaliti yang kekok.

Jo Han Chul akan memainkan watak anak sulung Jin Yang Chul, Jin Dong Ki, yang pandai menggunakan otaknya untuk muslihat kecil. Seo Jae Hee akan memegang watak sebagai isteri Jin Dong Ki, Yoo Ji Na yang berasal dari keluarga ternama.

Kim Young Jae disahkan sebagai bapa Jin Do Joon dan anak lelaki ketiga Jin Yang Chul, Jin Yoon Ki. Jung Hye Young akan berubah menjadi bekas bintang terkenal dan ibu Jin Do Joon, Lee Hae In. Kim Hyun akan memegang watak sebagai isteri Jin Yang Chul, Lee Pil Ok yang merupakan salah seorang penyumbang pengasas kepada Empayar Sunyang.

Kim Shin Rok memegang watak sebagai anak perempuan Jin Yang Chul, Jin Hwa Young, manakala Kim Do Hyun akan memegang watak sebagai suami Jin Hwa Young, Choi Chang Je yang digelar “Cinderella Lelaki”.

Park Hyuk Kwon melakonkan watak sebagai pasangan Jin Do Joon, Oh Se Hyun. Kim Nam Hee akan memainkan watak pewaris Kumpulan Sunyang, Jin Sung Joon, dan Park Ji Hyun akan memainkan watak Mo Hyun Min yang telah dipilih sebagai pasangan perkahwinannya. Tiffany Girls’ Generation akan berubah menjadi Rachel, prang kanan Oh Se Hyun.

Pasukan produksi berkongsi, “‘Reborn Rich’ ialah kisah kelahiran semula kehidupan seorang lelaki yang berada di ambang pintu kematian tetapi dihidupkan semula sebagai anak bongsu sebuah keluarga chaebol pada tahun 1987.

Ini ialah projek yang berlaku dalam dunia fantasi istimewa dengan [getaran] retro. Tiada satu pun watak yang biasa, dan masing-masing mempunyai ketamakan dan naratif mereka sendiri. Hubungan watak yang dijalin dengan penuh teliti ini akan memberikan keseronokan [kepada penonton] yang berada pada tahap yang lain ketika berlaku pergolakan.”

“Reborn Rich” akan disiarkan menerusi JTBC pada separuh kedua 2022.

Sumber : Newsen | Osen

 

loading...