Agensi rayu netizen tidak lagi buat gangguan seksual terhadap IZ*One sehingga jatuhkan maruah mereka

Image may contain: 12 people

Off Records Ent. mengeluarkan kenyataan rasmi susulan aduan terhadap gangguan seksual, dibuat oleh syarikat itu pada 25 Mei 2020 lalu.

“Pada 25 Mei lalu, kami telah mengadukan perkara ini ke atas pihak berkuasa di atas pencabulan Akta Informasi dan Komunikasi kerana telah menghina IZ*One dengan kenyataan berbaur lucah. Sekali lagi kami membuat aduan pada 8 June baru-baru ini kerana didapati telah menyebarkan fitnah serta tohmahan jahat terhadap ahli-ahli Iz*One. Mereka yang berkenaan tidak henti-henti membuat kenyataan berbaur gangguan seksual dan tohmahan terhadap Iz*One sehingga menjatuhkan maruah mereka, ” kata jurucakap agensi itu.

Dalam masa yang sama, agensi turut merayu netizen tidak lagi melakukan perkara-perkara sedemikian kerana boleh menyebabkan tekanan psikologi kepada IZ*One. “Terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus menyokong IZ*One dan kami akan berbuat terbaik bagi melindungi IZ*One,” katanya mengakhiri kenyataan itu.

IZ*One dijangka akan mengeluarkan album mini ke-3 terbarunya, Oneiric Diary pada 15 Jun 2020 ini menyusul album Bloom*Iz yang mencapai jualan yang sangat mengagumkan pada awal tahun 2020.

Sumber: stardailynews

loading...