Taeyang Big Bang akui bahagia bersama isteri tersayang, orang yang mengubah hidupnya ke arah lebih baik

Gambar-gambar kenangan Taeyang bersama dengan isteri tersayang, Min Hyorin dikongsikan di dalam ‘teaser’ filem dokumentari pertama Big Bang yang berjudul WHITE NIGHT.

Tanpa disedari, gambar-gambar tersebut mendatangkan makna sangat besar tentang gambaran kebahagian yang dikecapi oleh penyanyi itu sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 setelah empat tahun bercinta. Kata Taeyang sebab beliau memilih Min Hyo Rin sebagai pasangan hidup, “Kenyataannya ialah dialah yang telah mengubah hidupku ke arah lebih baik. Maka, aku perlu hidup bersama dengannya.”

Filem dokumentari WHITE NIGHT ini dapat ditonton secara percuma menerusi platform Youtube milik Taeyang dan Big Bang setiap hari Isnin dan Jumaat jam 6 petang.

Sumber: chosun ilbo

 

loading...