Jun Jin Shinhwa akan menikahi kekasih hatinya menjelang musim luruh ini

Jung Jin atau nama sebenarnya Park Chun Jae, akhirnya akan mengikat tali perkahwinan dengan gadis pilihannya yang muda tiga tahun daripadanya pada musim luruh ini, samada pada bulan September atau bulan Oktober nanti.

Menurut OSEN, gadis tersebut bekerja sebagai pramugari Asiana Airline dan dikenalinya sejak sekian lama. Pengumuman kemudiannya dibuat oleh Jung Jin menerusi surat yang dinukilkannya sendiri dan dimuatnaik menerusi twitter kendaliannya. “Saya begitu gembira sehingga tak sangka boleh menulis surat dengan tangan sendiri. Saya jadi begitu geram, tapi tetap juga mahu meluahkan perasaan itu, maka saya angkat pen untuk menulis sebegini,” katanya lalu dikongsikan surat tersebut untuk tatapan umum.

Katanya seperti dipetik di dalam surat nukilannya, Jung Jin mengakui mendirikan keluarga merupakan impiannya sejak kecil lagi dan akhirnya impian itu bakal direalisasikan tak lama lagi.

Jung Jin debut sebagai penyanyi kumpulan Shinhwa pada tahun 1998 dan tetap bersama kumpulan tersebut sejak lebih 20 tahun. Dengan pengumuman berita perkahwinannya ini, beliau menyertai Eric Moon sebagai ahli kedua Shinhwa akan berbuat demikian.

Sumber: OSEN

loading...