Big Hit lancarkan konsert ‘online’ berbayar, BANG BANG CON The Live BTS pada 14 Jun ini

BTS sedang membuat persiapan untuk mengadakan konsert di atas talian (“online”) secara langsung buat pertama kali sejak beberapa bulan lalu.

Konsert tersebut yang dinamakan sebagai BANG BANG CON The Live merupakan kesinambungan daripada lapan siri konsert yang telah dipertontonkan kepada peminat secara percuma menerusi Youtube dan Weavers sebelum ini yang berjaya mendapat lebih 2.24 juta tontonan semasa serta 50 juta tontonan secara keseluruhan.

Konsert berdurasi 90 minit ini hanya boleh ditonton menerusi aplikasi berbayar, ‘Weverse Shop’ mulai 1 Jun 2020 buat peminat-peminat merasai sendiri pengalaman berhubung secara dekat bersama dengan BTS.

Sumber: IS Plus

loading...