Jung Joon Won ‘disingkirkan’ dari jtbc The World of The Married serta-merta selepas kantoi hisap rokok & teguk arak bersama kawan sekolah

Jung Joon Won telah dikeluarkan daripada produksi drama jtbc The World of The Married berkuatkuasa serta-merta.

Menurut jurucakap rasmi pihak produksi yang dipetik berkata, “Jumlah kemunculan Hae Kang (Jung Joon Won) berakhir di dalam 14 episod yang telah ditayangkan pada minggu lepas. Hae Kang tidak akan ada lagi di dalam episod akhir minggu ini.”

Pada 10 Mei 2020, satu laman komuniti forum memuatnaik gambar-gambar Jung Joon Won sedang menemani rakan-rakan sekolahnya dengan puluhan botol arak di atas meja serta mengulum rokok di dalam satu gambar yang berbeza. Jung Joon Won kini berusia 16 tahun (17 tahun di Korea) menyebabkannya berada di dalam kalangan remaja di bawah umur yang tidak dibenarkan untuk meneguk arak dan menghisap rokok.

Berikutan kontroversi gambar berkenaan, agensi DAIN Entertainment yang menguruskan Jung Joon Won, tampil memberikan penjelasan. “Kami dengan ikhlas ingin memohon maaf kerana tidak menjaga artis kami dengan baik. Kami tengah menyiasat dakwaan ini dan berjanji perkara sebegini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Kami betul-betul rasa bersalah kerana telah menyebabkan kritikan terbuka masyarakat ketika pandemik wabak Covid-19. Kami memohon maaf kepada pihak produksi jtbc The World of The Married,” katanya.

Jung Joon Won membawakan watak Cha Hae Kang sebagai anak kepada Cha Dong Chul (Kim Tae Yang) dan Yoo In Jo. Maka, ketidakhadirannya di dalam drama berkenaan tidak banyak memberikan kesan kepada perkembangan watak utama terutamanya melibatkan interaksi tiga beranak, Jin Sun Woo (Kim Hee Ae), Park Hae Joon, suami kepada Jin Sun Woo (Lee Tae Joon) dan anak mereka, Lee Joon Young (Jun Il Soo).  Antara drama lakonannya sebelum ini termasuklah MBC Gu Family Book, tvN 100 Days My Prince dan KBS Father is Strange.

Sumber: chosun ilbo

loading...