Park Ji Min (Kim Ji Hye) mengumumkan bahawa dia mahu dipanggil sebagai ‘Jamie’ mulai sekarang.
“Saya teruja untuk membuka lembaran di dalam kerjaya nyanyian saya seterusnya dengan Warner Music Korea sebagai Jamie. Baby J, dimanakah korang?!! ” kata Jamie Park di dalam satu pengumuman dibuat pada 20 April 2020. ‘Jamie’ dipilih memandangkan nama English itu sering digunakannya sejak kecil lagi.
Pada 21 April 2020, Jamie Park berkongsi satu artikel bertajuk ‘Park Jimin, menukar namanya kepada Jamie’ dengan kapsyen berbunyi, “Hmm, apa???.. Saya baru buat carian dan cuba elakkan saring nama yang sama”, menunjukkan perdebatan hangat di antara netizen tentang kewajaran menukarkan nama asal kepada nama baru semata-mata mahu mengelakkan dirinya memakai nama yang sama dengan seseorang. Kebetulan, nama asalnya itu pula mirip dengan nama penyanyi kumpulan popular daripada BTS, Park Ji Min. Antaranya, ada yang mempertikaikan samada adalah menjadi satu kesalahan moral menggunakan nama yang baru untuk melakukan aktiviti seni yang sama.
Jamie Park segera memadamkan hantaran tersebut dan menggantikannya dengan penjelasan panjang lebar mengenainya. “Saya tak pernah tepekkan kritikan, tetapi mungkin saya tersalah faham kerana hanya baca tajuk saja. Saya mohon maaf kerana terburu-buru. Disebabkan saya penyanyi tak dikenali macam Park Jimin, saya menulis ini samada wajar tak tukar nama saya. Saya mohon maaf kepada mereka yang tidak selesa. “
Pada 6 Ogos 2019, Jamie Park telah keluar daripada JYP Entertainment dan menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama dengan duo 15&. Beliau mahu menumpukan kerjaya sebagai artis solo.