‘The King: Eternal Monarch’ – semakin terpahat dihati penonton dengan pelbagai aksi mendebarkan

KUALA LUMPUR, 22 April 2020 – Setelah tayangan perdananya berjaya mencatat rekod penilaian tontonan yang baik, ‘The King: Eternal Monarch’ siap sedia untuk membawakan penonton menyelami kisah dan misteri drama ini. Treler untuk episod ketiga menunjukkan pertengkaran antara Lee Gon (dimainkan oleh Lee Min-ho) dan Jung Tae-eul (dimainkan oleh Kim Go-eun) ketika Lee Gon cuba menjelaskan kewujudan dunia yang selari. Lee Gon yakin Jung Tae-eul terlibat dengan menyelamatkan nyawanya 25 tahun yang lalu dan tidak berhenti menunjukkan penghargaannya kepada Jung Tae-eul yang percaya bahawa Lee Gon hanyalah sekadar khayalan.

Sementara Lee Gon  dan Jung Tae-eul saling mengenali di dunia Jung Tae-eul, ketua pengawal kerajaannya Jo Yeong (diperankan oleh Woo Do-hwan) dan yang lain di Kerajaan Corea bimbang akan kehilangan Lee Gon.  Akan ada pelbagai persoalan bermain kerana Kang Sin-jae (dimainkan oleh Kim Kyung-nam) nampaknya mempunyai hubungan dengan dunia Lee Gon kerana dia mengenali lambang tertentu. Lee Gon juga mengalami kesakitan akibat kesan berada di dunia yang lain dalam jangka masa yang terlalu lama.

Beberapa adengan yang penuh kegembiraan dan teruja akan ditampilkan dalam episode akan datang. Treler dari Netflix (seperti di bawah) mempertontonkan Lee Gon dan Jung Tae-eul berada di sebuah hutan buluh. Lee Gon akan kembali ke dunianya dan berkemungkinan akan membawa Jung Tae-eul bersamanya tidak lama lagi. Bagaimana hubungan mereka akan berubah setelah Jung Tae-eul menyedari bahawa Lee Gon tidak berbohong tentang dirinya yang merupakan seorang maharaja di dunia yang berbeza? Nantikan perkembangan percintaan mereka saat mereka melintasi kedua-dua dunia dan mencari jawapan kepada segala misteri!

The King: Eternal Monarch boleh ditonton menerusi Netflix dengan episod mingguan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam MYT.

Sinopsis:

“The King: Eternal Monarch” ialah sebuah drama berkonsepkan dua dimensi dunia yang berbeza  antara Republik Korea dan juga negara dengan sistem monarki berpelembagaan. Lee Min-ho berperanan sebagai Maharaja Lee Gon, yang memerangi kejahatan dan berusaha menutup pintu antara dunia, dan Kim Go-eun pula sebagai Detektif Jung Tae-eul, yang bekerjasama dengannya untuk melindungi kehidupan orang lain.

Jadi korang, jangan lupa tonton drama ni malam nanti. Kami pasti korang akan tersenyum sampai ke telinga dan having great time sampai ke akhir episode.

loading...