Duo kpop 15& berpisah jua selepas Park Jimin tak mahu sambung kontrak dengan JYP

Kumpulan duo berbakat, 15& telah terbubar secara tak rasmi selepas salah seorang anggota kumpulan itu, Park Jimin mengambil keputusan untuk tidak menandatangani kontrak perjanjian baru bersama JYP setelah tujuh tahun berlalu.

Menurut sumber Yonhap News, “Park Jimin meninggalkan JYP selepas memutuskan kerjayanya yang baru. Maka, 15& boleh dikatakan terbubar.” Bercerita tentang rakan duonya, Baek Yerin pula, tiada perkembangan lanjut mengenai keadaannya sekarang.

15& pernah mengeluarkan album I Dream dan beberapa single popular seperti Somebody, Sugar, Rain&Cry. Park Jimin juga pernah mengeluarkan single solonya yang dimuatkan ke dalam runut bunyit drama korea.

Sumber: daum

loading...