WINNER mungkin sepi tanpa kehadiran Jinu selepas ahli pertama kumpulan itu kena ‘enlist’ mulai hari ini

Jinu, atau nama sebenarnya, Kim Jin Woo menjadi ahli pertama daripada kumpulan WINNER yang akan menyertai khidmat ketenteraan mulai hari ini.

Jinu direkruit ke dalam Kem Latihan Tentera di Nonsan, Chungcheongnamdo pada tengah hari ini. Beliau akan menerima latihan ketenteraan selama empat minggu, sebelum dikerahkan menjadi pekerja sosial di institusi terpilih.

Sebelum ini, Jinu mengumumkan keberangkatannya untuk menyertai khidmat ketenteraan pada 27 Mac lalu. Jinu berkata, “Saya begitu gembira sudah keluarkan album sebelum berkhidmat. Saya hasilkannya dengan kegembiraan. Saya tak dapat nak luahkan segalanya lebih daripada apa yang saya terima, tapi InnerCircle tetap di dalam fikiran saya bukan? Terima kasih semua dan saya sayangkan kalian. Jaga kesihatan.”

Untuk rekod, WINNER telah mengeluarkan album ‘Remember’ pada 26 Mac lalu, dan lagu ‘Hold’ dijadikan sebagai single utama. Kebanyakan peminat berasa sedih dengan kepergiannya sebaik saja pengumuman dibuat oleh Jinu itu dilakukan sehari selepas melancarkan album terbaru. Jinu turut melancarkan album solo sendiri berjudul ‘JINU’s Heyday’ pada tahun 2019.

Semalam, kesemua ahli WINNER (tidak termasuk Nam Tae Hyun yang telah keluar sejak sekian lama) menyambut kepergian Jinu dengan makan bersamanya. Kang Seung Yoon memuatnaik gambar Jinu dipotong rambutnya sambil memuatnaik kapsyen berbunyi, “Saya harap hari ini gurauan untuk April Fool,” menunjukkan Seung Yoon (maknae) belum bersedia lagi melepaskan ‘abang’ tersayangnya itu.

Sumber: OSEN

loading...