Eric Moon ditawarkan jadi ‘perisik’ di sisi Yoo In Na di dalam drama terbaru, MBC The Spy Who Loved Me

Eric Moon dan Yoo In Na sedang mempertimbangkan twaran lakonan di dalam drama terbaru MBC berjudul The Spy Who Loved Me.

MBC The Spy Who Loved Me berkisarkan tentang kisah cinta yang dirahsiakan di antara tiga orang dengan setiap daripada mereka menyimpan rahsia tersendiri. Yoo In Na akan membawa watak sebagai Kang Ah Reum, seorang yang mempunyai impian untuk menjadi pereka fesyen kahwin yang terkenal di seluruh dunia manakala Eric Moon akan membawakan watak Jeon Ji Hoon  yang belumdidedahkan maklumat tentangnya setakat ini.

Drama terkini Channel A Eccentric! Chef Moon yang dbintangi oleh Eric Moon sebagai tukang masak sedang disiarkan bermula 27 Mac lalu.

Sumber: hankookilbo

loading...