GIRLKIND tambat hati peminat dengan menjadi psiko pula untuk “comeback” baru

GIRLKIND, kumpulan kpop yang sudah bertapak selama dua tahun di Korea, akan membuat kemunculan semula untuk lagu terbaru berjudul ‘Psycho 4U’ pada 4 November 2020 ini.

‘Psycho 4U’ yang diperapkan sejak dua tahun lalu, merupakan lagu yang memaparkan GIRLKIND dalam dua konsep berbeda: seni dan antik. Lima video prolog dikeluarkan bagi menjelaskan maksud disebalik terma ‘Impian yang baru dihidupkan’ cuba diketengahkan di dalam lagu ‘Future’ sebelum ini.

Pengeluaran ‘Psycho 4U’ ditangguhkan sejak Disember 2018 lagi berikutan tempoh lama diambil untuk menghasilkannya dan gejala pandemik Covid-19 dijadikan sebagai alasan kenapa lagu ini telah ditangguhkan pelancarannya beberapa kali pada tahun ini.

Xeheun, merangkap ketua kumpulan ini yang dianggotai oleh Medic Jin, JK (Ji Kang) dan Ellyn, sedang sibuk mempersiapkan dirinya di dalam bidang lakonan termasuklah melakonkan watak heroin, Jelly atau Kang Hyena di dalam drama web ‘Sugar Coating’. Beliau juga pernah menyertai Produce 101 musim kedua walaupun terkandas di dalam episod kelima rancangan itu.

Sumber: hankyung

loading...