Jeon So Min terpaksa berehat daripada “Running Man” kerana demam berpanjangan, netizen sangka dijangkiti Covid-19

Jeon So Min mengambil keputusan untuk berehat daripada melakukan sebarang aktiviti seni bagi memulihkan demam berpanjangan yang dialaminya. Keberadaannya di dalam “Running Man” juga terpaksa dikosongkan buat seketika.

PD Choi Bo Pil yang mengarahkan Running Man, mengesahkan berita itu dengan pihak media, “Saya tahu Jeon So Min berada di hospital sekarang. Saya terpaksa ‘kosongkan’ wataknya untuk seketika.”

Mi

Agensi Jeon So Min turut mengulas, “Keadaan kesihatan Jeon So Min tidak berapa baik kerana jadual yang sibuk dan tidak terurus. Kami menerima nasihat daripada doktor-doktor untuk berehat seketika.” Dilaporkan juga masalah kesihatan dialami oleh Jeon So Min tidak berkaitan dengan jangkitan Covid-19 walaupun sebelum ini , khabar angin bertebaran mengatakan pelakon itu dijangkiti virus berkenaan.

Kali terakhir Jeon So Min muncul di dalam “Running Man” adalah pada 29 Mac 2020 di mana dia mendedahkan buku bergambar daripada sekolah menengah tinggi-nya untuk tatapan ahli-ahli lain di dalam rancangan itu.

Sumber: sport chosun

loading...