Park Hae Jin umum drama ketiganya untuk tahun 2020 ini, berjudul ‘Crime Puzzle’

Susulan drama KBS Forest yang telah berakhir baru-baru ini dan MBC Old School Intern yang akan disiarkan menjelang Mei ini, Park Hae Jin mengumumkan drama ketiganya berjudul ‘Crime Puzzle’ untuk tayangan pada pertengahan tahun 2020 ini.

‘Crime Puzzle’ yang diadaptasikan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, berkisarkan tentang seorang professor kriminologi terbilang di Akademi Polis Negara bernama Han Seung Min, yang mengaku bersalah kerana membunuh ayah kepada kekasihnya, Yu Hee. Webtoon ini menceritakan tentang pertarungan psikologi bakal dimainkan di antara Han Seung Min, abangnya dan juga Yuhee, yang merupakan mantan anak muridnya, dalam menyelesaikan kes pembunuhan berkenaan.

‘Crime Puzzle’ bakal dihasilkan oleh Studio 329 dengan maklumat tentang pengarah dan penulis skrip yang belum didedahkan lagi setakat ini.

Sumber: xsportnews

loading...