/Kim Se Jeong Gugudan mahu ajak ITZY & IZ*One berseronok-seronok di rumahnya

Kim Se Jeong Gugudan mahu ajak ITZY & IZ*One berseronok-seronok di rumahnya

Kim Se Jeong menyuarakan hasrat untuk mengajak ITZY dan IZ*One bertandang ke rumah yang baru dibelinya ketika dia dipanggil untuk ditemubual menerusi corong radio MBC FM4U bersama-sama dengan penyanyi rap, Hangzoo pada 24 Mac 2020 semalam.

“Semasa saya sedang mempromosikan album terbaru, saya dapat banyak nombor baru daripada kawan-kawan perempuan supaya saya dapat ajak diorang datang ke rumah untuk berseronok-seronok,” katanya.

Ditanya siapakah ahli kumpulan yang bakal dijemput ke rumahnya, Kim Se Jeong berkata, “Sebenarnya saya sedang merancang sesuatu sebelum ini. Saya berkongsi satu salon dengan IZ*One dan berpeluang kenal dengan ahli ITZY satu-persatu. Antara mereka, ada dua adik-beradik, Chaeryeong (ITZY) dan Lee Chae Yeon (IZ*One). Saya mahu jadi penghubung antara mereka, sebab itu saya mahu bawa mereka ke rumah. Semua akan berkumpul di sana.”

Kim Se Jong sedang mempromosikan album solo pertamanya, ‘Plant’ yang baru saja dilancarkan 17 Mac lalu.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...