Perginya ayah ketika menyambut hari jadi, bingkisan hati Taeyeon rundung perasaan hiba

Taeyeon meluahkan perasaannya selepas kehilangan ayah tersayang pada 9 Mac lalu di dalam laman sosial pada petang tadi.

Sambil memuatnaik gambarnya bersama kedua-dua orang ibubapanya, Taeyeon berterima kasih pada mereka mengucapkan takziah padanya. “Untuk saya dan keluarga saya, 9 Mac yang lalu ialah hari yang kami takkan lupa. Ayah saya telah bersama dengan saya sejak saya baru mula menceburi bidang muzik lagi. Dia akan hidupkan enjin dulu sebelum saya masuk ke dalam kereta, dan dia akan sentiasa bergerak ke depan untuk anaknya yang ini. Walaupun dia sekarang telah pergi lebih awal daripada kami, saya percaya dia tengah tengok kami di tempat yang baik dan sedang memerhati kami di sini,” katanya.

“Ayah, saya sangat sayang padamu,” luah Taeyeon mengakhirinya dengan ucapan serba ringkas pada hari ini. Lebih menyedihkan lagi, ayah Taeyeon meninggal dunia kerana serangan jantung ketika beliau sepatutnya menyambut hari jadi bersama dengan kedua-dua orang ibu-bapanya. Perancangan untuk mengeluarkan lagu baru ‘Happy’ pada hari yang sama juga terpaksa dibatalkan gara-gara dikejutkan dengan berita pemergian ayah tersayang.

Sumber: sport khan

loading...