Lee Jong Suk rancang untuk ‘enlist’ serta bintangi drama terbaru

Agensi Lee Jong Suk, YNK Entertainment telah memberikan respons kepada laporan mengenai rancangannya yang akan datang, termasuk projek seterusnya dan pendaftarannya untuk memulakan khidmat tentera.

Satu laporan pada 24 Ogos menyatakan bahawa Lee Jong Suk telah menerima tawaran bintangi remake drama televisyen Amerika Syarikat “Younger”. Media juga melaporkan bahawa Lee Jong Suk akan mendaftar masuk khidmat tentera pada Februari 2019 dan remake drama “Younger” juga dikatakan akan ditayang pada bulan yang sama. Oleh itu, drama itu akan disiapkan dalam mode pra-pengeluaran jika beliau bersetuju menerima tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, sumber yang mewakili Lee Jong Suk menjelaskan bahawa tiada apa yang telah dimuktamadkan mengenai tarikh pendaftaran kemasukkan khidmat tenteranya.

Sumber dari agensinya juga menyatakan selain tawaran remake drama  “Younger”, Lee Jong Suk juga dikhabarkan secara positif mempertimbangkan tawaran drama “Romance Supplement”  sebagai projeknya akan datang. Drama tersebut  ditulis oleh Jung Hyun Jung (yang menghasilkan skrip “I Need Romance,” “Discovery of Love,” dan banyak lagi) dan diarahkan oleh Lee Jung Ho. Ia akan menceritakan kemanisan kisah cinta mereka dipertengahan usia 30-an.

Sumber : Naver | Naver 2 | star.mbn

loading...