IZ*One kekal mendominasi pasaran muzik Korea untuk 3 minggu berturut-turut, malah berjaya tamatkan penguasaan BTS untuk minggu ke-3

IZ*One membuktikan pengaruhnya sebagai kumpulan kpop perempuan bukan boleh dipandang enteng. Ura-ura yang mengatakan IZ*ONe akan terbubar disebabkan kes manipulasi undian di dalam siri tv Produce 48, tidak menggugat kemampuan kumpulan ini untuk terus mekar berdiri di persada muzik Korea.

Sejak album Bloom*IZ dilancarkan pada 17 Februari 2020, jualan album yang diraih oleh IZ*One tetap antara tertinggi dan kekal di tangga ke-2 untuk tiga minggu berturut-turut berdasarkan carta album Gaon bertarikh 12 Mac 2020 walaupun album ini dikeluarkan pada minggu yang sama dengan pelancaran album Map of The Soul 7 oleh BTS. Malah, untuk minggu ke-3, mereka akhirnya telah berjaya mengenepikan penguasaan BTS sehingga kumpulan tersebut tersungkur ke posisi kelima dengan album Neo Zone keluaran NCT 127 menduduki tempat pertama. Setakat ini, menurut Hanteo, secara keseluruhannya, album Bloom*IZ  telah memperolehi jualan hampir mencecah 400,000 unit, dan hanya di belakang BTS saja untuk jumlah jualan album kpop terlaris pada tahun 2020.

Dengan pengurusannya diambilalih oleh Swing Entertainment dan Off Records dan bukannya di bawah urusan Pledis Entertainment lagi, IZ*One akan terus aktif sebagai kumpulan kpop sehingga kontrak mereka berakhir sepenuhnya menjelang tahun 2021.

Sumber: hanteo, gaon, yonhap news

loading...