Hampir cecah 4 juta unit, ‘Map of The Soul: 7’ BTS tinggalkan pesaingnya tersangat jauh ke belakang untuk tahun 2020 saja

Angka yang diperolehi oleh BTS menerusi album terbarunya itu, ‘Map of The Soul: 7’ bukan calang-calang hebatnya.

Menurut data Hanteo, album ‘Map of The Soul: 7’ berjaya mengumpul jualan sebanyak 3.4 juta unit meninggalkan pesaing-pesaingnya jauh ke belakang untuk tahun 2020 ini saja dengan album Bloom*Iz dendangan IZ*One hanya memperolehi 381,000 unit sekaligus berada di tempat ke-2 di belakangnya. Kutipan diraih oleh BTS ini melebihi lebih dua kali ganda daripada jumlah kesemua album yang dikeluarkan oleh mana-mana artis Kpop di dalam tiga bulan pertama. Data Hanteo diperkuatkan dengan carta album Gaon menyusulinya kemudian apabila data Gaon menunjukkan ‘Map of The Soul: 7’ berjaya memperolehi lebih 3.7 juta unit dalam masa dua minggu, memastikan penguasannya di hadapan untuk dua minggu berturut-turut.

Bagi kategori single pula, ‘ON’ oleh BTS pula berjaya mendapat kedudukan no.1 di dalam carta digital Gaon walaupun disaing hebat oleh lagu nyanyian Zico, ‘Any Song’, masing-masing dengan 33.9 juta dan 33.4 juta telah terjual. Manakala pemegang no.1 carta digital Gaon, IU menerusi lagu ‘I Give U My Heart’ yang dimuatkan sebagai runut lagu drama tvN Crash Landing WIth You pula berada di posisi no.3 untuk minggu ini.

Sumber: Gaon, Hanteo

loading...