Heart Signal 3 pula dihimpit dengan kontroversi, seorang pelakon didakwa buli seseorang sehingga terpaksa berhenti belajar

Sebuah komuniti forum bergegar dengan pendedahan dibuat mengenai salah seorang pelakon siri tv Heart Signal musim ketiga yang akan bersiaran tak lama lagi.

Netizen itu mendakwa A dan kawannya telah membuli seorang junior di universiti sehingga mangsa tersebut terpaksa berhenti belajar kerana tidak tahan dengan maki -hamun dilemparkan oleh A.  “…Kerana tak ucap selamat tinggal pada awal Mac lalu, A terjerit-jerit. Malah ada sekali itu kami kena ‘ragging’ sampai terpaksa mencangkung walaupun kaki belum pulih daripada kecederaan. Saya pun tak tahan. Jadi, saya pun berhenti,” kata netizen itu.

Ujarnya lagi, “Bila dapat tahu dia akan sertai Heart Signal 3, saya nak tahu macammana dia boleh masuk. Saya tak ingin nak tengok pun.” Berdasarkan maklumat diberikan oleh netizen tersebut, pelakon tersebut merupakan graduan Fakulti Penerbangan dan Perlancongan Mo Universiti samaada di dalam pengkhususan untuk menjadi juruterbang ataupun pramugari.

Dari kiri : A , Kang Sung Wook dan Kim Hyun Woo antara pelakon Heart Signal yang pernah terbabit dengan kontroversi.

Walaubagaimanapun, seorang pegawai rasmi industri penerbangan yang dihubungi membidas maklumat yang meragukan daripada netizen itu dengan menyatakan bahawa A meninggalkan kerjaya penerbangannya kerana statusnya yang bukan pekerja tetap. Lazimnya mereka yang terpilih sebagai intern akan menjadi pekerja tetap selepas 2 tahun menjalani latihan amali. Setakat ini, pihak produksi Heart Signal belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan netizen tersebut.

Kebetulan pada hari ini juga, Kang Sung Wook, bekas pelakon Heart SIgnal musim ke-2 telah dikurangkan hukuman penjaranya kepada dua tahun dan enam bulan di atas dakwaan salah laku seksual tambah menghangatkan lagi berita berkenaan.

Heart Signal musim ketiga akan membariskan lapan orang berlainan personaliti yang akan tinggal bersama di dalam satu rumah. Yoon Shi Yoon, P.O. Block B, dan Han Hye Jin dijangka akan menyertainya sebagai anggota panelis.

Sumber: sport khan , xsportnews

loading...