SBS beli hak tayangan drama Backstreet Rookie lakonan Ji Chang Wook & Kim Yoo Jung untuk siaran Jun ini

 “Convenience Store Saet Byul” atau nama lainnya, Backstreet Rookie telah mendapat slot rasmi tayangan di cenel SBS bermula Jun ini.

Drama ini berdasarkan adaptasi webtoon popular dengan tajuk yang sama, “Convenience Store Saet Byul”. Ia bertemakan romantik yang mengisahkan pemilik kedai serbaguna Choi Dae Hyun (lakonan Ji Chang Wook) dan pekerja separa masa, Jung Saet Byul (lakonan Kim Yoo Jung).  Chou Dae Hyun memiliki wajah yang tampan, namun tidak disangka dia tetap mempunyai sisi yang sengal, di mana dia akhirnya menjalankan perniagaan kedai serbaneka diusia muda selepas meninggalkan kerjanya disebuah syarikat besar. Di sana, dia bertemu dengan Jung Saet Byul yang cekal dan jelik. Jung Saet Byul tekad untuk meninggalkan kenangan masa lepas dan memulakan kehidupan yang baru sebagai wanita muda yang sanggup berjuang demi keadilan.

Backstreet Rookie akan mendapat sentuhan Lee Myung Woo, PD yang pernah terlibat dibelakang drama hit SBS pada 2019 iaitu “The Fiery Priest” selain pencalonan Best Director CARI Kdrama Awards menerusi drama SBS Punch. PD berkenaan dilaporkan telah meninggalkan SBS pada sekian masa dulu tetapi tampaknya telah berkenan untuk bekerjasama semula dengan produksi SBS untuk tayangan drama ini tak lama lagi.

Sumber: sport donga

loading...