Park Kyung serah diri kepada polis setelah buat tuduhan artis Kpop lain memanipulasi carta muzik

Park Kyung telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat berhubung tuduhan memanipulasikan carta muzik ke atas artis Kpop seperti Lim Jae Hyung, Vibe dan Song Haye yang dibuatnya pada November akhir tahun yang lepas. ‘Sajaegi’, merujuk kepada tindakan membeli berbondong-bondong untuk memanipulasikan carta muzik dalam masa singkat.

Menurut jurucakap agensinya, Seven Seasons Entertainment, “Park Kyung telah dipanggil untuk disiasat pihak polis sebagai suspek pada 9 Mac semalam selepas disaman kerana melanggar akta komunikasi dan maklumat berdasarkan kenyataannya terhadap artis-artis berkenaan. Siasatan ditangguhkan sebelum ini kerana wabak virus Corona, tetapi Park Kyung komited untuk terbabit di dalam semua siasatan.”

Park Kyung juga telah menangguhkan penyertaannya di dalam khidmat ketenteraan demi memberi laluan kepada siasatan berkenaan.

Sumber: tv report

loading...