Park Yoochun, bekas ahli kumpulan trio kpop popular, JYJ dan juga pelakon terkenal di korea beberapa tahun lalu sekali lagi dibidas oleh netizen kerana telah membuat kemunculan tiba-tiba di ruang ‘Twich’ kendalian adiknya, Park Yoo Hwan.
Park Yoo Chun dilihat bercakap dengan adiknya dan cuba berkomunikasi dengan peminatnya. Beliau turut menyanyikan beberapa lagu popularnya bersama JYJ setelah dipinta oleh peminat. Setelah berita tentang kemunculannya itu mendapat perhatian media, ia mengundang cercaan daripada segelintir netizen yang dikatakan jelik dengan janji pernah dibuat oleh penyanyi itu sekian lama dahulu. Antara komentar-komentar yang dilihat termasuklah ‘tak tahu malu’,’pandai bercakap tapi tak pernah tunaikan pun’,’penipu’.
Baca lagi: Park Yoo Chun dijatuhkan pergantungan hukuman penjara 10 bulan dan denda 1.4 juta won, selama 2 tahun
Di dalam sidang media tahun lepas, Park Yoo Chun pernah beriktihar untuk bersara sementara bagi menyelesaikan kes peribadi berhubung penyalahgunaan dadah jenis syabu dan hubungannya dengan bekas tunang. Beliau telah dijatuhkan hukuman pergantungan penjara selama dua tahun dikenakan ke atasnya oleh mahkamah dan hendaklah berkelakuan baik di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Beliau juga pernah dikritik sebelum ini kerana mengadakan sesi pertemuan bersama peminat di Thailand di dalam tempoh harus berkelakuan baik.
Sumber: ytn