Kim Dong Wook, Kim Jae Wook & Jung Eun Chae bersatu dalam drama ‘supernatural’

Kim Dong Wook, Kim Jae Wook dan Jung Eun Chae akan digandingka dalam sebuah drama supernatural.

Menurut pelbagai agensi pelakon, Kim Dong Wook, Kim Jae Wook, dan Jung Eun Chae pada 23 Mei, mereka akan muncul dalam drama  terbaru OCN “Hand: The Guest.” Karya ini dihasilkan oleh Kwon So Ra dan Seo Jae Woon serta diarahkan oleh Kim Hong Sun. Sebagai maklumat tambahan, KIm Jae Wook dan Kim Hong Sun pernah bekerjasama dalam drama OCN terdahulu iaitu Voice.

“Hand: The Guest” menceritakan kisah seorang psikis, paderi, dan detektif. Mereka bertiga akan menentang kejahatan yang berlaku disebabkan oleh kuasa-kuasa aneh  dikalangan masyarakat Korea. Drama ini pasti dapat memberikan sesuatu yang istimewa kerana ianya akan menggabungkan tiga orang yang berbeza akan mengusir semangat serta roh-roh jahat menggunakan kuasa ghaib.

Kim Dong Wook akan memainkan watak utama sebagai Yoon Hwa Pyung, yang dilahirkan dengan kuasa psikik. Dengan memiliki kuasa istimewa itu, dia bertindak sebagai pawang yang akan mengusir roh-roh jahat. Yoon Hwa Pyung seorang yang sangat bersemangat serta santai tetapi dalam masa yang sama dia diselubungi kegelapan. Di sini Kim Dong Wook akan menampilkan impak dua sisi wataknya yang berbeza.

Kim Jae Wook pula memainkan peranan sebagai Choi Yoon, seorang paderi  yang dingin dan sinis. Dia boleh mengetahui kuasa-kuasa aneh yang ada disekitarnya dan berkebolehan untuk mengusir kuasa tersebut. Namun, disebabkan personalitinya itu membuat ramai orang tidak menyenanginya.

Jung Eun Chae memainkan watak Kang Gil Young, seorang detektif dalam skuad jenayah di Hong Il-dong. Dia seorang yang bersemangat serta fokus dalam kerjaya penyiasatannya. Biarpun berhadapan dengan pelbagai kes walaupun melibatkan kes yang dasyat serta serius, dia langsung tidak mempercayai kuasa-kuasa ghaib serta pengamal-pengamalnya.

“Hand: The Guest” dijangka akan disiarkan sekitar bulan September depan.

Sumber : Naver | star.mt

photo credit as stated

loading...