Dikhuatiri terkena jangkitan virus Corona, Chungha kuarantinkan diri keseorangan selepas 2 pekerjanya didapati positif

Dari kiri : Chungha (gambar besar), IU dan Minhyun (atas) , Han Ye Seul dan Song Hye Kyo (bawah).

Chungha mengambil tindakan segera untuk mengasingkan dirinya daripada bersemuka dengan orang lain setelah dua orang pekerja telah didapati positif terkena jangkitan virus Corona.

Mereka dikesan terkena jangkitan virus itu selepas menghadiri satu majlis fesyen di Milan, Itali pada 24 Februari 2020 lalu. Bagaimanapun, Chungha telah menjalani ujian pada 1 Mac 2020 dan didapati negatif. Sebagai langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Unit Pencegahan Penyebaran Penyakit Korea, Chungha perlu mengkuarantinkan dirinya selama beberapa hari sehinggalah beliau diyakini selamat sepenuhnya. Akibatnya, Chungha terpaksa membatalkan membuat persembahan di Head in Clouds Festival yang bertempat di Jakarta.

Timbul pula desas-desus bahawa IU, Hwang Minhyun NUEST, Park Min Young, Han Ye Seul, dan Song Hye Kyo pernah menghadiri majlis fesyen berikut.

Sebagai tindakbalas terhadap desas-desus tersebut, agensi Han Ye Seul berkata artis jagaan mereka tidak diarahkan bertemu dengan mana-mana pakar pemeriksaan dan hotel yang didudukinya juga berbeza manakala agensi Hwang Minhyun pula berkata mereka yakin tidak dijangkiti virus Corona setelah menjalani pemeriksaan yang mendapati keputusannya negatif. Agensi Park Min Young pula mengesahkan tiada pertembungan antara Park Min Young dengan pihak penganjur dan akan meneruskan penggambaran drama seperti biasa. IU dan Song Hye Kyo setakat ini pula belum membuat sebarang kenyataan.

Sumber: sport khan

loading...