/Sejarah tercipta sekali lagi; BTS menjadi kumpulan kpop pertama raih posisi tertinggi di dalam carta Billboard Hot 100

Sejarah tercipta sekali lagi; BTS menjadi kumpulan kpop pertama raih posisi tertinggi di dalam carta Billboard Hot 100

BTS mencipta sejarah sekali lagi apabila menjadi kumpulan kpop pertama yang meraih posisi tertinggi di dalam carta Billboard Hot 100.

BTS berjaya menempatkan diri mereka di tangga no.4 untuk single “ON”, melonjak daripada kedudukan no.8 yang tertinggi pernah diraih oleh mereka menerusi single “Boy With Luv” dendangan bersama Halsey. Ia menjadikan BTS sebagai artis Korea pertama dengan tiga singles berada di dalam top 10 sejak lebih tiga tahun menimba nama di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, untuk rekod artis Korea pula masih dipegang oleh Psy menerusi lagu viralnya, “Gangnam Style” iaitu pada kedudukan no. 2.

Menurut Billboard, BTS berjaya menduduki no.1 di dalam carta Digital Downloads dengan 86,000 unit telah terjual dalam seminggu dan no.12 di dalam carta Streaming dengan tontonan melebihi 18.3 juta di Amerika Syarikat. Disebabkan lagu ini belum lagi mendapat tempat di dalam kalangan pendengar radio, maka “ON” tidak tersenarai di dalam carta Radio Songs. Ketiga-tiga elemen ini menentukan kedudukan BTS di dalam carta Billboard Hot 100.

Sebelum ini, BTS telah melakar sejarah dengan menjadi kumpulan kpop pertama meraih no.1 Billboard 200 sebanyak empat kali berturut-turut.

Sumber: Billboard

Komentar

comments

loading...