Dikecam kerana cuba rendah-rendahkan lagu nyanyian SHINee & INFINITE, Hongbin VIXX tekad berhenti main Twitch

Hongbin VIXX mengambil keputusan untuk menghentikan saluran Twitch-nya serta-merta buat sementara disusuli dengan permohonan maaf di atas cubaan merendah-rendahkan lagu nyanyian SHINee & INFINITE dalam keadaan tidak sedar diri (memabukkan) sewaktu mengadakan siaran langsung dengan Twitch pada 29 Februari 2020 lalu.

Pada 29 Februari 2020 lalu, sebaik saja lagu ‘Everybody’ SHINee didendangkan, Hongbin menerusi akaun ‘Bean Beanie’ berasa terkilan lalu berkata, ” Siapa yang pandai-pandai hasilkan lagu begitu teruk ini sampaikan dinyanyikan pula oleh band kpop? Lagu-lagu idol sekarang makin teruk kualitinya.” Turut mendapat tempias adalah lagu nyanyian kumpulan INFINITE.

Netizen yang begitu kecewa dengan percakapan Hongbin tersebut terus mendesak Hongbin membuat permohonan maaf dengan segera. Walaupun Hongbin dan wakil agensinya, Jellyfish Entertainment telah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun netizen belum mahu mengundur diri sehingga akhirnya Hongbin terpaksa akur menghentikan permainan ‘game’ di Twitch buat sementara. Sebelum itu, rakan sekumpulan Hongbin, Ravi juga membuat permohonan maaf bagi pihak Hongbin demi meredakan isu tersebut.

“Saya sudah buat keputusan untuk henti bermain di Twitch untuk sementara. Sehingga saya selesai bermuhasabah diri, saya berterima kasih pada mereka yang menjadikan aktiviti saya di Twitch berlangsung selama setahun, berseronok bersama saya. Akhir kali, mohon maaf kerana menunjukkan sisi yang tak baik,” kata Hongbin.

Sumber: spottvnews

loading...