Lee Joon cuba bunuh diri? Ini penjelasannya

Menggemparkan apabila media melaporkan Lee Joon cuba untuk membunuh diri. Walaubagaimanapun, Agensi Lee Joon; Prain TPC telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan semua laporan yang mendakwa pelakon tersebut telah cuba membunuh diri.

Media Seoul Shinmun melaporkan bahawa Lee Joon telah bercakap dengan seorang pegawai atasan dan menunjukkan mereka pergelangan tangannya serta memaklumkan mereka bahawa beliau telah cuba membunuh diri. Lee Joon kemudian dilaporkan telah dibawa ke program Green Camp tentera, iaitu sebuah program pendidikan untuk tentera yang mengalami masa yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera.

Berikutan laporan itu, Prain TPC telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan, “Laporan bahawa Lee Joon memberitahu pegawai atasan tentera bahawa beliau cuba untuk membunuh diri serta menunjukkab pergelangan tangannya atau beliau dikatakan menjalani Green Camp sebenarnya paslu. Kami telah mengesahkan perkara ini melalui keluarga Lee Joon. Keluarga Lee Joon juga dikhabarkan sangat terkejut dengan laporan asal yang diterbitkan, dan kami memohon agar media tidak memperbesarkan serta memanjangkan perkara ini demi menghormati Lee Joon dan keluarganya.”

Lee Joon telah memulakan khidmat negaranya pada Oktober 2017 lalu dan sejak itu telah ditugaskan ke Batalion ke-8 dengan mendapat pujian kecemerlangan dari program latihan asas ketenteraan. Lee Joon akan menamatkan perkhidmatan ketenteraannya pada 23 Julai 2019.

sumber : Seoul.news | Naver

loading...