29 selebriti Korea ini antara yang akan menamatkan khidmat tentera pada tahun 2020

Nampaknya tahun 2020 akan ada beberapa lagi idol dan pelakon yang dijangka akan menamatkan perkhidmatan tentera  masing-masing. Pasti ramai peminat gembira dalam menantikan kepulangan idol dan pelakon kesukaan mereka. Sudah pasti pemain industri juga akan menawarkan beberapa projek terbaru pada mereka sekaligus tanda kemunculan semula mereka dengan penampilan yang baru.

1. Wooyoung 2PM – 28 Februari

Wooyoung ahli 2PM yang ketiga menamatkan khidmat tenteranya dan akan bergabung dengan Taecyeon, Jun K dan Nickhun.

2. Jang Hyun Seung- 10 Mac

Jang Hyun Seung akan menamatkan khidmat tentera pada Mac depan. Apakah pula perancangannya selepas ini? Mungkinkah Jang Hyun Seung akan kembali dengan projek album solonya? Sama-sama kita nantikan.

3. Kim Bum – 15 Mac

Belum pun tamat khidmat tenteranya, Kim Bum telahpun ditawarkan untuk membintangi drama terbaru tvN “The Tale of Gumiho” disamping Lee Dong Wook dan Jo Bo Ah. Kim Bum masih lagi dalam proses perbincangan mengenainya. Jika dia menerimanya, drama ini akan menjadi yang pertama selepas tamat khidmat tentera. Drama terakhir Kim Bum adalah menerusi drama SBS “Mrs. Cop 2” pada 2016.

4. & 5. – Lee Jung Shin dan Kang Min Hyuk (CN BLUE) – 18 Mac

Dengan tamatnya khidmat tentera mereka berdua ini, maka CNBLUE akan kembali bersama setelah Jung Yong Hwa telah tamat pada tahun lepas. Pasti ramai peminat menantikan habuan terbaru dari kumpulan ini.

6. Jo Kwon – 24 Mac

Jo Kwon aktif dalam pementasan muzikal ketenteraan. Ramai peminat menantikan saat akhir khidmat Jo Kwon kerana mereka ingin saksikan transformasi terbarunya.

7. Lee Jonghyun – 25 Mac

Apakah pula perancangan bekas ahli CNBLUE yang sorang ni ya? Namun, ramai yang ingin melihat Lee Jonghyun yang baru.

8. Eunkwang BTOB – 7 April

Nampaknya BtOB boleh menarik nafas lega. Vokalis utama dan ketua kumpulan BtOB ini akan menamatkan perkhidmatan tenteranya pada awal April. Pasti akan ada buah tangan daripada Eunkwang untuk Melodies semua, mungkinkah ada perancangan untuk album solo atau berkumpulan ya?

9. Doojoon HIGHLIGHT – 10 April

Ketua kumpulan Highlight ini akan tamat khidmat tenteranya pada 10 April. Doojoon memulakan khidmat tentera pada Ogos 2018 ketika drama lakonannya “Let’s Eat 3” masih lagi bersiaran dan terpaksa dipendekkan kepada 14 episode sahaja. Pasti ramai peminat merinduinya biarpun Doojoon sebenarnya aktif dalam aktiviti kesenian tentera. Doojoon juga dapat naik pangkat koperal dalam tempoh yang singkat atas khidmat cemerlangnya. Apa yang menariknya, ahli kumpulan Highlight yang lain turut ‘enlist’ dalam tempoh yang berdekatan. Apakah perancangan Doojoon dan kumpulan Highlight ya. Mungkinkah Doojoon akan sertai mana-mana projek drama atau rancangan variety sementara menunggu 3 yang lain?

10. Jang Geun Suk – 29 Mei

Tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pelakon yang diberi jolokan “Asian Prince” ini. Malah gambarnua dalam pakaian rasmi tentera juga tidak penulis temui. Namun, sosok pelakon ini dijangka tamat khidmat tenteranya pada sekitar Mei depan. Disebabkan menghidap bipolar disorder, pelakon ini melaksanakan tugas sebagai ‘public service worker’.

11. & 12. Onew SHINee & Pelakon Kim Min Suk – 20 Julai

Onew SHINee
Kim Min Suk

20 Julai menyaksikan ketua Kumpulan SHINee, Onew dan pelakon Kim Min Suk menamatkan khidmat tentera masing-masing. Onew aktif dalam pementasan muzikal tentera. Mungkin selepas ini Onew akan kembali aktif dalam pementasan muzikan atau ada perancangan untuk projek solonya. Manakala Kim Min Suk akhirnya berpeluang secara realiti mengalami kehidupan tentera selepas pernah membintangi drama aksi “Decendants of The Sun”. Tak sabar rasanya nak menyaksikan ‘The New’ Kim Min Suk membintangi semula drama mungkin dengan watak yang lebih serius.

13. Sung Joon – 27 Julai

Pelakon yang sahaja mendedahkan statusnya sebagai seorang suami dan bapa akan menamatkan khidmatnya pada 27 Julai. Pasti ramai yang menantikan perkembangan terbaru Sung Joon setelah membintangi drama “Perfect Wife” pada 2017. Namun, drama “Mojito” lakonannya disamping Lim Je Yeon masih belum ditayangkan kerana masih belum mendapat keputusan rangkaian mana yang akan menyiarkannya.

14. Changsub BTOB – 21 Ogos

Selain Eunkwang, Changsub juga bakal menamatkan khidmat tentera pada 21 Ogos sekaligus beri sinaran baru kepada BtoB dan Melodies kerana dua vokalis mereka telah kembali.

15. CNU B1A4 – 28 Ogos

CNU B1A4 mendaftar masuk ke kem tentera dengan penuh privasi. Lokasinya juga dirahsiakan oleh agensi.

16.  Yoseob HIGHLIGHT – 30 Ogos

Yoseob menjalankan tugasnya dalam perkhidmatan polis dan sering melakukan rondaan sekitar Seoul. Ramai peminat seringkali melihat Yoseob bertugas dan telah diminta untuk tidak mengganggu tugasnya Pada hari dia mendaftar masuk tentera, Yang Yoseob telah meriliskan album digital single  berjudul “20 Full Moons” yang pastinya menjadi pengubat rindu  peminatnya.

17.  Minhyuk BtoB – 12 September

Seorang lagi ahli BtoB, Minhyuk akan tamatkan khidmat tenteranya pada September depan. Sebelum menyertai tentera, Minhyuk sempat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat dengan meriliskan album solo pertamanya “HUTAZONE.”

18. 19. & 20.  Key SHINee, N ViXX & Jeong Jinwoon 2AM – 7 Oktober

Key SHINee
N VIXX
Jeong Jinwoon 2AM

Keduanya aktif dalam pementasan muzikal ketenteraan. Terbaru, mereka telah menyertai pementasan  “Return: The Promise of the Day” dan pada Oktober depan mereka akan kembali semula kepangkuan kumpulan masing-masing. Key sempat meriliskan repackage album “I Wanna Be” manakala N ViXX juga meriliskan single yang dihasilkan sendiri berjudul “Tu-Dak Tu-Dak”

Kekasih kepada Kyungri ini, Jeong Jinwoon adalah ahli terakhir 2AM yang menyertai tentera. Dia juga telah menyumbangkan suara disamping selebriti Korea yang lain untuk lagu tema tentera yang baru. Mungkinkah selepas Jinwoon tamat khidmatnya 2AM akan kembali aktif?

21. Sungyeol INFINITE – 27 Oktober

Sungyeol merupakan ahli INFINITE yang kedua selepas ketua kumpulan, Sunggyu menyertai tentera. Semasa berkhidmat sebagai askar aktif, filem pertamanya disamping Eun Ji (APink), “0.0MHz,” mula ditayangkan dipawagam.

22. Yong Jun Hyung – 3 November

Bekas ahli kumpulan HIGHLIGHT ini dikhabarkan akan bergerak aktif semula dalam bidang muzik. Dia juga akan menggunakan nama pena yang baru dalam bidang penciptaan serta penghasilan muzik. Bagaimapun, masih ada yang berharap agar Jun Hyung kembali bersama HIGHLIGHT.

23.  Minho SHINee – 15 November

Selepas Onew dan Key tamat khidmat tentera, November ini giliran Minho pula. Minho antara idol yang diterima berkhimat di Kor Marin. Minho kelihatan sangat perkasa sewaktu menjalani latihannya dan telah mendapat penganugerah atas kecemerlangannya sepanjang latihan tersebut.

24.   Dongwoo INFINITE – 15 November

Dongwoo mengikut jejak dua ahli terdahulu untuk menyertai tentera. Selepas menamatkan latihan asas, Dongwoo kemudian berkhidmat sebagai askar aktif. Sebelum memasuki tentera, Dongwoo telah merliskan album solo pertamanya “Bye” khas buat peminatnya.

25.  Gikwang HIGHLIGHT – 18 November

Lee Gikwang merupakan ahli ketiga kumpulan HIGHLIGHT yang menamatkan khidmat tentera pada November. Terbaru, dia baru sahaja meriliskan single digital menerusi Highlight Official Sound Cloud berjudul “She’s Bad”

26. Hoya – 5 Disember

Hoya kini sedang berkhidmat sebagai pekerja khidmat awam dan sebelum memulakan khidmat tentera dia telah berjanji dengan peminatnya akan kembali sebagai seorang yang lebih baik dan matang.

27.  Xiumin EXO – 6 Disember

Xiumin merupakan ahli EXO yang pertama ‘enlist’.  Xiumin mendaftar masuk pada Mei 2019 dan kini berkhidmat sebagai askar aktif. Selain itu, Xiumin juga aktif dalam pementasan muzikal bersama Onew SHINee, N ViXX, Yoon Ji Sung, Sunggyu INFINITE, Kim Min Suk dan ramai lagi.

28. Dongwoon HIGHLIGHT – 8 Disember

Ahli termuda HIGHLIGHT ini merupakan yang terakhir enlist pada Mei 2019. Dongwoon juga berkhidmat dalam jabatan polis seperti Yoseob dan juga Gikwang. Dia juga pernah mendapat anugerah atas pencapaian cemerlang ketika menjalani latihan asas. Dongwoon juga seringkali menyapa peminat menerusi akaun IG rasmi HIGHLIGHT dan berkongsi perkembangan terkini mengenainya.

29.  Yoon Ji Sung – 13 Disember

Bekas ketua kumpulan Wanna One ini antara yang pertama enlist. Beberapa hari selepas enlist, Ji Sung sempat meriliskan sebuah single istimewa buat peminatnya, atau dikenali sebagai BABAL. Yoon Ji Sung juga aktif dalam pementasan muzikal tentera selain berkhidmat sebagai tentera aktif.

Tak sabar rasanya menantikan kepulangan mereka untuk kembali memeriahkan industri dengan penampilan masing-masing yang lebih segar dan matang.

loading...