Pelakon drama tvN Goblin Goo So Jung meninggal dunia

Goo So Jung yang pernah membuat kemunculan pertamanya di dalam drama tvN Goblin, akhirnya telah meninggal dunia, seperti dimaklumkan oleh agensinya, Story J Company.

“Goo Soo Jung telah pergi dahulu buat selama-lamanya dan bakal menjadi bintang-bintang menyinari di angkasa. Kami akan mengingati senyumannya selalu,” kata jurucakap agensi itu menurut Yonhap news. Sumber terdekat memberitahu sebab kematiannya adalah kerana penyakit yang dialaminya.

Selain tvN Goblin, Goo So Jung pernah menampilkan diri di dalam jtbc Solomon’s Perjury dan membuat penampilan khas di dalam muzik video BTS, ‘With Seoul’.

Takziah diucapkan pada keluarga mendiang.

loading...