/Tamat kontrak, IN2IT angkat kaki dari MMO Entertainment dan pilih bergerak sendiri

Tamat kontrak, IN2IT angkat kaki dari MMO Entertainment dan pilih bergerak sendiri

IN2IT ambil keputusan meninggalkan MMO Entertainment.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh label tersebut, 6 ahli IN2IT terdahulunya telah menamatkan kontrak eksklusif mereka pada 31 Januari lepas. Kenyataan tersebut untuk menyatakan kumpulan IN2IT merancang untuk meneruskan aktiviti seni secara sendiri tanpa sebarang ikatan (independent) dengan kesemua pengurusan akaun media sosial mereka termasuk fan cafe akan dipindahkan secara langsung kepada kumpulan itu sendiri.

IN2IT telah debut pada 26 Oktober 2017 dengan keanggotaan seramai 8 orang pada mulanya setelah berjaya terpilih daripada program survival “Boys24”. IN2IT dianggotai oleh Jiahn, Yeontae, Inho, Hyunuk, Isaac, Inpyo, Jinsub dan Sunghyun. Bagaimanapun, dua ahli asal IN2IT, Jinsub (2018) dan Sunghyun (2019) telah meninggalkan kumpulan itu.

Berikut adalah kenyataan penuh:

“Hello.

Kami mengucapkan terima kasih kepada ramai orang yang telah menghargai IN2IT, dan kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa selepas mencapai persetujuan bersama dengan para ahli, kontrak eksklusif ahli IN2IT telah ditamatkan pada 31 Januari, 2020.

Kami gembira dan berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan Yoo Jiahn, Jeong Yeontae, Hwang Inho, Han Hyunuk, Isaac, dan Lee Inpyo selama lima tahun ini.

Kami mohon agar IN2U [kelab peminat IN2IT] akan terus menunjukkan minat dan sokongan terhadap masa depan IN2IT, yang akan diteruskan secara bebas (independent).

Hak ke atas fan cafe ini dan kesemua akaun media sosial akan dipindahkan kepada ahli IN2IT dan selepas ini mereka akan menguruskannya sendiri. 

Kami mohon pemahaman serta kerjasama anda mengenai potensi untuk tidak boleh mengepos apa-apa menerusi fan cafe ini kerana pindah proses pindah milik akan mengambil masa (maksimum seminggu).”

IN2IT pernah mengeluarkan 1 EP berjudul “Carpe Diem“, 3 album single (SnapShot, Into the Night Fever, Puzzle). Antara lagu popular mereka antaranya “Amazing”, “SnapShot”, “Sorry For My English”, “Run Away”, dan “ULlala: Poisoning”. IN2IT juga pernah menyanyikan runut bunyi bagi drama tvN “Her Private Life” berjudul “Shining Star”. Apapun, selamat maju jaya buat IN2IT!

Sumber : fan cafe

TAGS:

Komentar

comments

loading...