“Itaewon Class” adalah adaptasi daripada webtoon popular yang menggunakan nama sama, berkisarkan tentang seorang anak lelaki yang dipertanggungjawabkan mengendalikan restoren terkemuka setelah bersusah payah menghadapi cabaran dalam kerjaya akibat kematian bapanya. Drama ini juga turut memaparkan sekumpulan anak muda yang memberontak dan bangkit untuk menentang ketidak-adilan dalam dunia dan memulakan perniagaan makanan di Itaewon.
Ini antara sebab kenapa korang kena tonton “Itaewon Class”
Kombinasi pelakon yang hebat
“Itaewon Class” dibintangi oleh Park Seo Joon dan Kim Da Mi sebagai teraju utama. Manakala Kwon Nara dan Yoo Jae Myung antara watak penguat drama ini.
Park Seo Joon mula menempa populariti menerusi drama “Kill Me Heal Me” pada 2015 di mana dia telah memenangi beberapa anugerah menerusi drama tersebut. Park Seo Joon kemudian terus bersinar dan telah membintangi drama popular seperti “What’s Wrong With Secretary Kim” (2018), “Fight For My Way” (2017), “Hwarang” (2016) dan “She Was Pretty” (2015). Antara anugerah yang pernah dimenangi Park Seo Joon adalah Popularity Award, Top 10 Stars Award dan Excellence Award, Actor in a Miniseries bagi drama “Kill Me Heal Me” dan “She Was Pretty”. Park Seo joon juga pernah memenangi Outstanding Korean Actor di 13th Seoul International Drama Awards menerusi drama “Fight For My Way.”
Saya rasa karya asal dan terjemahannya ke dalam drama tidak jauh berbeza kerana webtoon itu sendiri telah popular. Cumanya akan ada penambahan sedikit plot penceritaan bagi menjadikan drama ini lebih menarik. “Kenapa saya tertarik dengan drama ini adalah kerana diskripsi wataknya begitu menarik sehingga saya mahu membawakannya. Saya telah bekerja keras untuk memaparkannya secara terperinci. – Park Seo Joon
Sementara itu, Kim Da Mi merupakan pendatang baru yang bakat lakonannya tidak boleh dipandang enteng. “Itaewon Class” merupakan projek drama pertama Kim Da Mi kerana dia mula menempa nama dalam dunia filem. Antara filem yang pernah dilakonkan oleh Kim Da Mi adalah “The Witch: Part 1, The Subversion” (2018), “Marionette” (2018) dan “Romans 8:37” (2017). Pelakon ini juga pernah memenangi Pelakon Baru Terbaik di Blue Dragon Film Awards 2018 dan Daejong Film Awards 2018.
Bila saya melihat webtoon itu, saya membacanya selama tiga jam. Begitulah betapa seronok dan menariknya cerita itu. Saya juga rasa tidak pernah melihat karakter seperti Jo Yi Seo sebelum ini, jadi saya berfikor ia pastinya menyeronokkan untuk membawakan watak tersebut. Bila saya berjumpa dengan pengarah, dia mencadangkan agar saya mempamerkan watak Jo Yi Seo saya sendiri, dan sebab itu saya buat keputusan untuk menyertai drama ini. – Kim Dal Mi
Disebabkan itu, orang ramai tertarik untuk menyaksikan kombinasi Park Seo Joon dan Kim Da Mi. Apakah keserasian mereka akan menjadikan drama “Itaewon Class” ini drama yang hebat dan mungkinkah drama ini akan menjadi titik permulaan Kim Da Mi di dunia drama.
Namun, jangan dilupakan watak sokongan yang lain seperti Yoo Jae Myung dan Kwon Nara.
Yoo Jae Myung bukanlah nama asing dalam drama Korea. Memulakan karier lakonannya dengan membintangi filem “The Last Witness” (2001), Yoo Jae Myung mula meniti populariti setelah membintangi “Reply 1988” pada tahun 2015. Antara lakonan hebat Yoo Jae Myung adalah menerusi drama “The Good Wife”, “Stranger” (Secret Forest), “Prison Playbook”, “Life” dan “Confession”. Menerusi drama “Life” Yoo Jae Myung telah memenangi Best Supporting Actor di 6th APAN Star Awards.
Mengenai peranan barunya sebagai antagonis dalam drama itu, Yoo Jae Myung berkata, “Setiap kali saya melakukan sesuatu projek, saya bersedia beraksi tanpa memikirkan samada ia peranan baik ataupun jahat. Semuanya ada sebab dan kena berkeyakinan dan sebab itu juga saya berlakon seolah-olah saya mencipta sejarah kehidupan seseorang itu.”
Yoo Jae Myung juga terpaksa mengenakan solekan khas untuk menghidupkan wataknya sebagai seorang yang tua.
Saya peribadi saya tidak begitu memikirkannya, tapi ramai orang ingat saya lebih tua daripada usia sebenar saya. Jadi, ia satu cabaran yang besar bagi saya untuk membawakan watak sebagai orang tua. Saya cuba untuk berlakon secara semula jadi selain hanya membuat memek muka sambil menggunakan solekan khas. Kulit saya jadi teruk disebabkan solekan khas itu, mungkin muka saya akan cepat berkedut lepas tamat drama ini. – Yoo Jae Myung
Kwon Nara yang sebelum ini bekas penyanyi kumpulan Hello Venus mula dikenali dalam dunia drama menerusi “Suspicious Partner”, “My Mister” dan “Your Honor”. “Doctor Prisoner” pula adalah drama pertama Kwon Nara diberikan watak utama dan telah memenangi Best New Actress di 33th Korea Drama Awards dan KBS Drama Awards 2019.
Tidak banyak cerita tentang Oh Soo Ah di dalam webtoon, tetapi watak itu dikembangkan lagi dalam drama itu. dengan lebih banyakcerita itu dilakukan dengan baik dalam drama itu. Saya cuba menggambarkan watak anak muda yang bersemangat disamping Park Sae Roy serta transformasi watak saya yang berlaku kerana kesukaran hidup di zaman kanak-kanak. – Kwon Nara
Penulis skrip asal webtoon “Itaewon Class” juga memberitahu bahawa kombinasi para pelakon melangkaui jangkaannya. Mereka telah memberikan 120%. Bila saya melihat mereka melakonkan watak masing-masing serta menghayatinya dengan begitu baik sekali, saya menangis. Saya amat berpuas hati dengan mereka.
Jalan cerita yang menarik
Park Seo Joon memainkan watak Park Sae Roy, pengasas restoran bernama Dan Bam, dan Kim Da Mi membawakan watak Jo Yi Seo, seorang bintang media sosial yang digambarkan sebagai “sociopath dengan IQ tinggi” yang menjadi pengurus Dan Bam. Yoo Jae Myung memainkan watak Jang Dae Hee, presiden sebuah konglomerat makanan besar yang dikenali sebagai Jang Ga, yang mempunyai permusuhan yang mendalam dengan Park Sae Roy. Kwon Nara memainkan watak Oh Soo Ah, cinta pertama Park Sae Roy yang telah menyertai pasukan Jang Ga Group.
Karakter Park Sae Roy adalah seorang pemuda yang tidak tahan dengan ketidakadilan dan akhirnya cuba untuk melawan ketidakadilan tersebut dengan penuh keyakinan.
Sebenarnya, Park Sae Roy masih menyimpan amarah mengenai kematian ayahnya, yang merupakan seorang pengarah di sebuah perusahaan makanan besar. Ayahnya bagaimanapun mati dalam satu kemalangan motor di mana Jang Geun Won (lakonan Ahn Bo Hyun) adalah puncanya. Jang Geun Won adalah anak lelaki Jang Dae Hee, CEO di syarikat tempat ayah Park Sae Roy bekerja. Jang Da Hee pula merupakan CEO perniagaan makanan besar, Jang Ga Group. Dia seorang yang ahli perniagaan yang dingin.
Sementara itu, Jo Yi Seo merupakan seorang sosiopat yang sangat cerdas. Jo Yi Seo terkenal sebagai bintang media sosial dan juga blogger. Jo Yi Seo memiliki wajah cantik dan diimbangi dengan peribadi yang baik. Meskipun Jo Yi Seo dan Park Sae Roy mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesetengah perkara, mereka akhirnya bekerja sama di Itaewon dengan membuka perniagaan restoran makanan.
David Lee akan membawakan watak sebagai Lee Ho Jin, yang bekerja dengan Park Sae Roy (Park Seo Joon) dalam perniagaan barunya itu. Lee Ho Jin dan Park Sae Roy merupakan kawan yang telah membuat perancangan untuk berjaya bersama-sama. Lee Joo Young pula Ma Hyun yang sentiasa ‘cool’ dan bekerja sebagai chef di pocha (kedai street food) milik Park Sae Roy. Karakter Ma Hyun digambarkan seseorang yang sentiasa memberikan keselesaan, semangat serta sokongan dan berani berdepan dengan dunia yang penuh cabaran.
Kim Hye Eun akan melakonkan watak Kang Min Jung, seorang pengarah eksekutif di Jang Ga Group. Dia seorang wanita yang bekerja keras. Kang Min Jung bermula dari bawah sehingga menjawat jawatan pengarah eksekutif hasil dari ilmu yang dipelajari dari bapa Park Sae Roy dan kini menjadi orang yang paling kanan Park Sae Roy.
Nampaknya, tujuan Park Sae Roy membuka restoran adalah untuk bersaing dan menggugat perniagaan makanan milik Jang Dae Hee sebagai misi membalas dendam. Drama ini juga akan menonjolkan bagaimana Park Sae Roy berusaha menggapai mimpinya di Itaewon.
“Jangan lupa saksikan langkah pertama Park Sae Roy dalam mengejar impiannya di Itaewon, dan tolong berikan sokongan anda kepada pelbagai karakter dalam drama ini kerana watak ini akan menjadikan jalan cerita ini semakin menarik,” ujar Park Seo Joon.
Dalam pada itu Park Seo Joon juga turut berjanji dengan menyatakan “Kami menjalankan perniagaan makanan yang dipanggil Dan Bam, jadi purata tontonan mencapai dua digit, saya ingin mencadangkan agar kami melakukan sesuatu dengan itu. Ianya agak menarik jika dapat meluangkan masa dengan penonton. Jika rating tontonan melepasi dua digit, kami ingin bertemu dengan penonton kami di gerai makanan. “
Adaptasi dari webtoon popular
Pengarah Kim Sung Yoon, yang telah meminta penulis Jo Kwang Jin menghasilkan skrip, berkongsi, “Ketika melihat webtoon asal, saya merasakan seolah-olah ianya seperti drama dengan individu yang unik, konflik yang jelas, dan cerita yang pantas berkembang dengan menarik hingga buatkan saya syak [penulis skrip] menulis jalan cerita dengan berdasarkan adaptasi drama di awal fikirannya. “
Semasa menulis skrip drama itu, pengarang Jo Kwang Jin berkongsi, “Pengarah menghubungi saya dan datang untuk berjumpa dengan saya. Sebagai penulis asal, saya enggan pada awalnya dengan harapan drama itu akan berjalan dengan baik sambil berharap agar seorang penulis skrip profesional mengambil projek itu. Bagaimanapun, beliau berkongsi bahawa fikirannya berubah ketika bercakap dengan pengarah mengenai karya asal. “‘Itaewon Class’ adalah cerita dengan watak-watak di titik fokus, dan saya adalah orang yang memahami watak terbaik sebagai penulis asal. Lebih-lebih lagi, saya merasakan bahawa ada kekurangan pada bahagian-bahagian tertentu pada karya asal dan saya rasa ini satu peluang untuk saya memperbaikinya sendiri menerusi projek drama ini. “
Walau bagaimanapun, bercakap mengenai mengenai perbezaan antara menghasilkan webtoon dan menulis skrip, beliau berkata, “Sebagai penulis webtoon, tugas saya adalah meletakkan [webtoon] bersama-sama dengan kata-kata dan gambar, dan selesai dalam masa seminggu. Anda boleh jadi berani jika anda tidak mengambil pusing, dan ada bahagian yang saya fikir ia mudah untuk [menghasilkan skrip] kerana saya hanya perlu menulis. Walau bagaimanapun, terdapat persamaan dengan penceritaan menerusi webtoon dan drama. Selepas mendengar dengan teliti pandangan serta pendapat pengarah, pelakon, dan kakitangan produksi, saya telah membuat penyelarasan untuk menghasilkan yang terbaik. “
Antara perbezaan di antara webtoon dan drama, penulis skrip memberi tumpuan untuk menambah penceritaan daripada menukar karya asal sambil memberi penekanan untuk menghidupkan watak-watak tersebut. Beliau menambah, “Terdapat banyak perkara yang tidak dapat saya sampaikan pada karya asal. Bagi mereka yang telah melihat webtoon itu, saya fikir ia pasti menyeronokkan dengan memerhatikan perkembangan watak yang lebih mendalam serta keserasian antara satu sama lain . “
“Itaewon Class” akan bersiaran pada hari ini, 31 Januari (Jumaat) jam 11 malam KST bagi mengisi slot drama Jumaat-Sabtu menerusi rangkaian JTBC. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Netflix sejam selepas tayangannya di Korea. Jadi buat penggemar drama Korea jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini.
Sumber : news1 | enews | kmania