Lagi acara melibatkan selebriti Korea ditunda dan dibatalkan diseluruh Asia ekoran coronavirus

Nampaknya coronavirus kini mendapat perhatian serius dari masyarakat di Asia. Masing-masing cuba melakukan sebaik mungkin demi melindungi keselamatan kesihatan orang-orang disekeliling mereka. Disebabkan itu beberapa lagi acara selebriti Korea dibatalkan serta ditunda di dalam Korea dan diseluruh Asia. Sebelum ini, Taeyeon, NCT Dream, Jeon So Min, Kang Sung Hoon, Super Junior telah mengambil tindakan segera membatalkan serta menunda konsert dan aktiviti seni mereka.

Pada 31 Januari, agensi Starship Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan menunda fansign WJSN di Guangzhou, China yang sepatutnya diadakan pada 1 Mac depan. Mereka menyatakan keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan kesihatan serta keselamatan artis jagaan mereka dan juga para peminat. Mereka akan memaklumkan peminat berkenaan tarikh baharu kelak.

YG Entertainment turut mengumumkan bahawa mereka juga akan menunda fansign akan datang kumpulan  SECHSKIES di China pada Februari ini. Notis tersebut menyatakan mereka akan memaklumkan informasi terkini berkaitan tarikh dan lokasi terbaru bagi acara yang ditunda itu.

Agensi tersebut turut menyatakan pengambaran yang melibatkan kemunculan Lisa  BLACKPINK diprogram ujibakat di China,  “Idol Producer 2” telah dibatalkan. Lisa sepatutnya muncul dalam rancangan tersebut sebagai mentor tarian dan pengambaran dijadualkan pada 1 Februari. Berkaitan penyertaan Lisa di masa depan, agensi tersebut menyatakan, “Tiada apa yang dapat kami putuskan buat masa ini”

Kumpulan PENTAGON juga mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan fan showcase sempena kemunculan semula mereka, yang dijadualkan akan berlangsung pada 12 Februari depan. Agensi mereka, Cube Entertainment memberitahu bahawa mereka akan mengadakan showcase terbabit tanpa penonton dan akan disiarkan menerusi Naver V Live pada 8 p.m. KST.”

MOMOLAND turut menunda fan meeting mereka di Jepun yang dijadualkan pada 19 dan 21 Mac depan di Tokyo dan Osaka. MLD Entertainment menjelaskan, “Malangnya, kami terpaksa menunda fan meeting MOMOLAND di Jepun ekoran beberapa faktor termasuk kebimbangan terhadap coronavirus. Kami akan memaklumkan kemudian mengenai tarikh baru kepada semua, jadi kami berharap anda memahami situasi ini.”

Selain itu, pelakon Nam Joo Hyuk turut menunda fan meeting nya di Jepun. Satu notis telah dikongsi menerusi laman sesawang rasmi Nam Joo Hyuk di Jepun dengan menyatakan fan meeting nya pada 8 Februari telah ditunda dan menjelaskan keputusan diambil berdasarkan keutamaan kesihatan semua orang.

Ren NU’EST yang sepatutnya mengadakan “Ren’s Life” di Macau pada 23 Februari turut menunda acara tersebut  . Penganjurnya, SKN LIVE, telah buat pengumuman bahawa sebarang maklumat terkini yang berkaitan akan dikongsi kemudian.

JYP Entertainment juga telah mengumumkan bahawa dua lokasi siri jelajah dunia GOT7 “Keep Spinning” ditunda berikutan coronavirus. Konsert mereka di Bangkok pada 15 dan 16 Februari serta di Singapura pada 22 Februari telahpun ditunda. Tarikh baru konsert akan diumumkan kelak.

Acara fansign kumpulan TWICE iaitu “&TWICE” yang dijadualkan berlangsung di Tokyo Dome City Prism Hall pada 1 dan 2 Februari dibatalkan, juga berikutan coronavirus.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9

loading...