Lapan artis Korea ini paling TOP di Malaysia pada tahun 2019, menurut kajian Hallyu Korea

Populariti ‘Hallyu’ Korea tak dapat dinafikan kehebatannya terutamanya apabila produk-produk keluaran Korea samada kpop, drama korea, filem mahupun rancangan realiti tv sudah menyelusup masuk ke seluruh pelusuk dunia dengan kemuncaknya apabila artis-artis Kpop sudah mula menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat, sesuatu yang sukar dicapai sebelum ini.

Oleh yang demikian, Jabatan Fakulti Kebudayaan Hallyu di Kyonggi University menjalankan kajian bagi mengenalpasti sejauh mana pengaruh ‘hallyu’ (gelombang Korea) di serata dunia termasuklah Malaysia mengikut selebriti-selebriti kelahiran Korea ini yang popular dalam kalangan penduduk negara tersebut. Kajian ini dibuat pada akhir tahun lepas dengan lebih 7500 kandungan ditemu secara rawak di dalam setiap 16 negara dan diterbitkan sebagai ‘2019 Overseas Hallyu’, pertama kali pada 1 April 2019 yang lalu.

Berikut disenaraikan lapan artis Korea paling TOP di Malaysia pada tahun 2019 dengan BTS mendahului yang lain-lain:

1. BTS (14.8%)

2. Lee Min Ho (14.2%)

3. Blackpink (12.4%)

4. Big Bang (9.2%)

5. Song Joong Ki (5.6%)

6. Song Hye Kyo (4.6%)

7. Lee Kwang Soo (3.8%)

8. Song Ji Hyo (3.6%)

dan seterusnya….

BTS sememangnya sudah dikenali bukan saja di Malaysia, malah di Amerika Syarikat sekalipun, maka kedudukan mereka di tempat pertama bukanlah sesuatu yang di luar kelaziman. Blackpink pula menimba nama dan populariti di Malaysia setelah lagunya, ‘Ddu Du Ddu Du’ tular dan menjadi siulan rakyat Malaysia manakala Big Bang pula sudah lama menapak sejak beberapa tahun sebelum BTS dan Blackpink melebarkan pengaruhnya di Malaysia lagi.

Lebih menakjubkan berdasarkan kajian ini, Lee Min Ho diundi sebagai pelakon Korea paling digilai oleh rakyat Malaysia mengatasi yang lain-lain manakala Song Joong Ki dan Song Hye Kyo pula kerana pengaruh drama KBS Descendants of The Sun sehingga membawa kepada perkahwinan dan berakhir pula dengan penceraian pada Jun 2019 yang lalu. Terakhir sekali, bintang-bintang Running Man juga tak ketinggalan seperti Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo yang berjaya menempat di kedudukan lapan teratas.

Sumber: sports seoul

loading...