Kyla PRISTIN terselamat daripada tembakan rambang yang meragut dua nyawa di Amerika Syarikat

Dalam satu tragedi menyedihkan yang berlaku di Sekolah Menengah Tinggi Santa Clarita, California, Amerika Syarikat pada 15 November semalam, seorang remaja berusia 16 tahun berketurunan Asia didapati telah menembak rambang lima orang pelajar lain sebelum menembak mati diri sendiri di kepalanya.

Sekurang-kurangnya dua orang pelajar perempuan yang berusia enam 16 tahun dan berusia 14 tahun ditemui terbunuh akibat kecederaan teruk manakala seorang lagi berada dalam keadaan sangat kritikal. Polis menemui pistol semiautomatik jenis 45-kaliber dengan tiada lagi peluru dikesan di dalamnya. Pihak berkuasa juga melaporkan suspek berada keadaan yang tertekan sewaktu kejadian.

Menurut sumber terdekat, Kyla, bekas ahli kumpulan PRISTIN itu telah menyambung pelajaran di sekolah berkenaan setelah menamatkan kontraknya bersama Pledis Entertainment. Bagaimanapun, beliau dilaporkan terselamat menerusi kenyataan yang dimuatnaik sendiri olehnya di laman twitter tadi. Kyla turut memberitahu dia dan beberapa rakan baiknya terselamat dan berdoa mereka yang tercedera dipermudahkan segalanya.

 

Sumber: twitter, time

loading...