Dikhuatiri agensi bakal ‘bungkus’, Yoon Kyun Sang dilaporkan sudah cabut lari dari Popeye Entertainment

Yoon Kyun Sang dan beberapa artis jagaan agensi itu termasuklah Oh Nara dan Kim Min Kyung dilaporkan sedang menimbang beberapa kemungkinan selepas Popeye Entertainment bakal menutupkan operasinya menjelang November ini.

Dipetik daripada beberapa sumber terdekat, Yoon Kyun Sang telah pun meninggalkan Popeye Entertainment dengan pengurus yang dikenalinya sejak lama dan beliau dikatakan samada mahu menubuhkan agensi kelolaan sendiri atau menandatangi kontrak dengan agensi lain. Manakala, Oh Nara, Kim Mi Kyung, Shin Eun Jung, Oh Seung Hyun, Bae Min Hee, Moon Won Ju dan lain-lain belum membuat sebarang keputusan selagi kontrak mereka belum berakhir.

Popeye Entertainment ditubuhkan oleh Kim Il Hwan pada September 2010 dan terbabit di dalam berbagai-bagai urusan perniagaan hiburan termasuklah menghasilkan kandungan produksi serta menguruskan artis-artis mereka. Seperti dimaklumkan pada Heraldpop sebentar tadi, Popeye Entertainment memberitahu bahawa kontrak agensi itu bersama artis-artis jagaan mereka telah dibatalkan serta-merta.

Sumber: heraldpop, naver

loading...